30.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, January 15, 2025

Tunku Ismail bertemu Presiden FIFA, maklum projek skuad negara

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Berkecimpung lebih 30 tahun dalam dunia kewartawanan bersama media arus perdana. Keutamaan dalam penulisan berkaitan politik, sukan dan teknologi maklumat.

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan mengadakan pertemuan dengan Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino, semalam.

Dalam pertemuan itu, Infantino telah diberikan taklimat mengenai projek skuad kebangsaan di Malaysia yang dimulakan oleh Tunku Mahkota Ismail dan mendapat sokongan kerajaan.

Menurut hantaran Facebook baginda, Infantino dikatakan turut menzahirkan kepercayaan terhadap inisiatif nasional tersebut yang dikemudi Pemangku Sultan Johor.

Beliau juga bersetuju untuk memberikan sokongan kepada Malaysia dari segi penyelidikan, infrastruktur dan pembangunan.

Hadir sama bekas pemain kebangsaan Australia, Tim Cahill yang juga Penasihat Khas kepada Tunku Mahkota Ismail.

Advertisements

Revolusi skuad Harimau Malaya yang diketuai Tunku Mahkota Ismail bermula apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan pelantikan bekas pengurus FC Tokyo, Peter Cklamovski sebagai Ketua Jurulatih yang baharu.

Pengendali dari Australia itu akan menggantikan Pau Marti Vicente yang kini memangku tugas Ketua Jurulatih skuad kebangsaan yang ditinggalkan Kim Pan Gon sejak Julai lalu.

Turut dilantik bekas Ketua Jurulatih Kedah Darul Aman FC dan Terengganu FC, Nafuzi Zain sebagai pengendali skuad Bawah 23 Tahun kebangsaan.

FAM juga akan membuat perubahan dan pembaharuan untuk memantapkan aspek pengurusan, penggunaan teknologi dan perubatan untuk para pemain kebangsaan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

KKM perkenal dua inisiatif tingkat kesihatan pekerja industri

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) memperkenalkan dua inisiatif bagi meningkatkan kesihatan pekerja industri khususnya dalam menangani penyakit tidak berjangkit (NCD)...

Lagi Artikel Berkaitan