Thursday, June 4, 2026

TMJ kongsi surat pengesahan JPN, persoal hukuman FIFA

Apa yang berlaku sampai tiba-tiba ada keputusan macam ini? Adakah ada entiti luar yang terlibat mempengaruhi keputusan FIFA?

Mesti Baca

TUNKU Mahkota Ismail Sultan Ibrahim berkongsi surat daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sambil mempersoalkan tindakan Persekutuan Bolasepak Dunia (FIFA) berhubung hukuman terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain warisan skuad Harimau Malaya.

Tunku Mahkota Johor itu yang bertanggungjawab membawa revolusi bola sepak skuad kebangsaan itu berkata, FIFA sebelum ini sudah meluluskan permohonan FAM untuk menyenaraikan tujuh pemain warisan terbabit dalam skuad Harimau Malaya.

“FAM dah ikut proses dan kerjasama dengan FIFA dan Kerajaan Malaysia. FIFA pun dah luluskan sebelum ini tetapi kenapa keputusan bertukar sekarang? 

“Apa yang berlaku sampai tiba-tiba ada keputusan macam ini? Adakah ada entiti luar yang terlibat mempengaruhi keputusan FIFA?,” titah baginda menerusi media sosial hari ini.

Tunku Mahkota Ismail yang juga pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) turut mempersoal tindakan FIFA yang mengenakan hukuam tanpa memberi sebab-sebab keputusan itu dibuat.

“Tambahan lagi FIFA cepat untuk mengeluarkan keputusan tersebut dalam public domain walaupun proses rayuan belum selesai.  

Who was in New York? (Siapa yang berada di New York?) Saya berharap FAM akan membuat rayuan secepat mungkin. Ini adalah surat pengesahan dari Jabatan Pendaftaran Negara,” titah baginda. 

Tunku Mahkota Ismail bertitah, Malaysia tidak takut serta tidak tunduk dengan individu-individu yang khuatir dengan kebangkitan Harimau Malaya.

“Tak kan kita takut dan nak tunduk dgn individu-individu yang khuatir dengan kebangkitan Harimau Malaya. Lawan tetap lawan. Berani kerana benar,” titah baginda.

Semalam, FIFA telah menggantung FAM dan tujuh pemain warisan negara serta mengenakan denda sebanyak RM1.85 juta kerana didakwa melakukan pelanggaran Artikel 22 Kod Disiplin FIFA berkaitan pemalsuan dokumen.

Tujuh pemain terbabit ialah Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Tomás Garcés, Rodrigo Julián Holgado, Imanol Javier Machuca, João Vitor Brandão Figueiredo, Jon Irazábal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano.

Malahan para pemain terbabit turut dikenakan hukuman denda sebanyak RM10,500 seorang serta digantung selama 12 bulan daripada sebarang aktiviti berkaitan bola sepak, berkuat kuasa serta-merta.

Tindakan tersebut dijangka memberi tamparan hebat kepada skuad kebangsaan yang kini dalam misi kelayakan ke Piala Asia 2027 di Arab Saudi. — Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan