36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Ibu parah ditikam anak usia 14 tahun

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG wanita dikejarkan ke Hospital Tengku Anis Pasir Puteh, Kelantan selepas ditikam dengan pisau oleh anak lelakinya yang berusia 14 tahun ketika tidur di rumahnya di Bukit Yong, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.45 malam itu, mangsa berusia 41 tahun ditikam di dada dan kini dirawat di zon merah Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Datuk Mohd Nor Yhazid Idris, ketika kejadian mangsa tidur bersama suspek di dalam bilik sebelum tiba-tiba merasa sakit dada.

“Dia nampak pisau tertusuk dan memanggil suami yang tidur di ruang tamu. Mangsa bertindak mengeluarkan pisau itu sendiri sebelum tidak sedarkan diri.

“Mangsa dibawa ke Hospital Tengku Anis Pasir Puteh oleh suaminya dan doktor memaklumkan kesan tikaman itu mengakibatkan paru-paru mangsa bocor.

“Dia dirujuk ke HUSM, susulan kehilangan darah yang banyak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar Mohd Nor Yhazid lagi, siasatan awal mendapati mangsa ditikam suspek menggunakan pisau yang diambil dari dapur.

Menurutnya, suspek dikatakan demam sejak dua hari lalu dan dipantau mangsa.

“Suspek adalah anak ketiga dan masih belajar di sebuah sekolah menengah di Pasir Puteh. Susulan kejadian, suspek ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, Mohd Nor Yhazid berkata, motif kejadian buat masa ini masih dalam siasatan.

-EDISI9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan