32.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Murid dipelawa bersembang dengan ‘Pakcik Radzi’ Ahad ini

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MENTERI Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin mempelawa murid sekolah berusia tujuh hingga 17 tahun untuk ‘bersembang’ bersamanya menerusi sesi khas pada Ahad ini.

Radzi menerusi hantaran di Facebook berkata, sesi khas dengan ‘Pejabat Pakcik Radzi’ itu akan berlangsung bermula pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari di pejabat beliau di Blok E8, Putrajaya.

Menurutnya, sesi khas itu diadakan bersempena Majlis Jalinan Mesra dan Hari Terbuka KPM yang akan berlangsung pada hujung minggu ini.

“Pakcik akan adakan sesi khas untuk berjumpa dengan anak-anak di pejabat pak cik. Jumpa Ahad ini ya.

Advertisements

“Anak-anak berumur tujuh hingga 17 tahun yang berminat untuk turut serta bolehlah mengemukakan butiran melalui link https://tinyurl.com/LAWATPEJDRJ,” katanya.

Ujar Radzi lagi, masa dan ruang yang disediakan bagi sesi itu adalah terhad dan hanya murid yang tersenarai untuk jemputan ke sesi berkenaan sahaja akan dihubungi untuk pemakluman lanjut.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Sistem eDKK dinaik taraf menjadi sistem bersepadu ANAK – Nancy

JABATAN Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam proses menaik taraf Sistem Semakan Pesalah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak Dalam Daftar Kanak-Kanak (eDKK)...

Lagi Artikel Berkaitan