26 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Radzi bentang konsep Sekolahku SEJAHTERA dalam EWF 2022

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA telah membentangkan konsep Sekolahku SEJAHTERA sempena Forum Pendidikan Dunia (EWF) 2022 yang berlangsung di London, United Kingdom semalam.

Pembentangan itu dibuat oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin dalam sesi Ministerial Exchange dengan topik perbincangan berkaitan pembelajaran sosial dan emosional (SEL).

Menurut Radzi, dalam pendidikan anak-anak kita tidak seharusnya memberi keutamaan hanya kepada aspek atau komponen tertentu.

“Apa yang paling penting adalah untuk kita mencari pendekatan seimbang dalam semua aspek pembelajaran, termasuk SEL.

“Saya turut menjelaskan bahawa SEL adalah antara komponen yang telah diambil kira dalam kita membangunkan konsep Sekolahku SEJAHTERA,” katanya menerusi Facebooknya hari ini.

Advertisements

Beliau berkata, secara keseluruhan, panel dan delegasi melihat konsep Sekolahku SEJAHTERA sebagai satu pendekatan yang menyeluruh dalam membentuk kemenjadian murid.

Sehubungan itu, beliau yakin dan percaya penerapan konsep Sekolahku SEJAHTERA secara semula jadi mampu melahirkan generasi pewaris negara yang hebat.

EWF 2022 yang berlangsung selama tiga hari itu dihadiri oleh delegasi seluruh dunia terdiri daripada menteri-menteri dan pakar pendidikan.

Radzi berkata, beliau telah diberi peluang untuk berkongsi pengalaman Malaysia dalam menguruskan sektor pendidikan semasa dan pascapandemik Covid-19, khususnya di peringkat sekolah.

EWF 2022 berlangsung dengan tema ‘Education: Building Forward – Stronger, Bolder, Better‘. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pemuda UMNO gesa ‘haramkan’ Prof Gilley masuk Malaysia

PEMUDA UMNO Malaysia hari ini mendesak kerajaan mengharamkan seorang ahli akademik pro-zionis Israel, Bruce Gilley daripada memasuki negara ini. Ketuanya,...

Lagi Artikel Berkaitan