24.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

WHO gagal kenal pasti asal usul COVID-19

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BIARPUN pandemik COVID-19 sudah memasuki tahun ketiga, dunia masih gagal mengenal pasti sumber virus yang mencetuskan keadaan itu.

Memetik laporan Al Jazeera, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan penularan koronavirus sebagai pandemik pada 11 Mac 2020, hanya enam minggu selepas mengumumkan kecemasan kesihatan global.

Walaupun hos haiwan koronavirus yang menyebabkan wabak Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) 2003-2004 dan MERS 2012 dikenal pasti dalam tempoh beberapa bulan namun asal usul virus SARS-CoV-2 semasa terbukti lebih sukar difahami.

Pada September tahun lalu, pasukan petugas ditubuhkan oleh Suruhanjaya COVID-19 Lancet untuk mencari asal usul wabak itu dibubarkan selepas 14 bulan di tengah-tengah tuduhan dan kebimbangan mengenai konflik kepentingan.

Malah, siasatan dijalankan oleh WHO juga sebahagian besarnya terhenti selepas lawatan ke China pada Januari tahun lalu.

Sehingga kini, China masih belum menyerahkan bukti kepada WHO untuk menyokong dakwaan Beijing kononnya penularan koronavirus mempunyai transmisi zoonosis semula jadi iaitu daripada kelawar ke hos haiwan kepada manusia serta Pasar Makanan Laut Huanan yang mana kes pertama dikesan sudah dinyahkuman dan ditutup dengan segera.

Usaha mengenal pasti sumber membantu merungkai perkara lain kepada kemungkinan virus itu berasal dari tempat lain termasuk kebocoran makmal.

Advertisements

Walau apa pun, buktinya masih kekal di dalam China.

Seorang profesor dari Pusat Kebangsaan Epidemiologi dan Kesihatan Penduduk di Universiti Kebangsaan Australia, Colin Butler berpandangan China tidak bersikap telus dalam perkara ini.

“Saya percaya China tidak telus. Mereka seolah-olah sedang mengelak mengenai beberapa perkara,” katanya.

Pada akhir tahun lalu, Butler ditugaskan oleh Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menulis laporan mengenai COVID-19.

Dalam laporan bertajuk Environmental Change and COVID-19: The Risk of Future Pandemics in Asia and the Pacific, Butler menyenaraikan prosedur perubatan dan makmal sebagai faktor risiko yang boleh membenarkan virus terkeluar daripada persekitaran terkawal dan merebak secara meluas.

“Sebagai contoh, China membenarkan eksperimen ke atas koronavirus dijalankan dalam tetapan biosekuriti rendah yang hanya mewajibkan peralatan perlindungan untuk pekerja makmal dan sinki,” jelasnya.

Butler percaya kebenaran mengenai pandemik semasa akan kekal terkubur oleh kepimpinan China.

Advertisements

Terkini

Piala Asia B23: Harimau Muda balik tangan kosong dari Qatar

DUA minggu berkampung di Doha, Qatar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sehingga korbankan hari raya Aidilfitri bersama keluarga ...

Lagi Artikel Berkaitan