31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Rakyat Malaysia dibunuh di Australia mangsa sindiket dadah

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MAYAT seorang lelaki rakyat Malaysia yang ditemukan mati dibunuh di New South Wales, Australia dipercayai menjadi mangsa sindiket dadah membabitkan warga asing.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, mangsa yang berusia 25 tahun berasal dari Sarawak dipercaya dibunuh lebih setahun lalu.

“Mangsa dipercayai masuk ke Australia pada November 2016 menggunakan visa pelancong dan ditawarkan bekerja sebagai pekerja ladang oleh sindiket warga asing yang disyaki terbabit dengan dadah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan polis Australia menemui satu mayat lelaki dipercayai warga Malaysia di kawasan luar bandar di barat laut Bathurst di New South Wales, pada Ahad.

Mayat didakwa Jacky Chong Kai Wong itu ditemui kira-kira 3.30 petang selepas penyiasat memulakan pencarian di sebuah kawasan luar bandar di Killongbutta.

Chong dipercayai meninggal dunia antara 25 Disember 2020 dan 8 Januari 2021.

Bagaimanapun, Ayob Khan berkata, siasatan masih diteruskan oleh pihak berkuasa Australia dan sebarang perkembangan siasatan akan dimaklumkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

“PDRM menyeru semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi bagi mengelakkan timbul sebarang kekeliruan kepada masyarakat,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan