32.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 2, 2022

Singapura rakan strategik Johor pulih ekonomi – Onn Hafiz

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SINGAPURA disifatkan sebagai rakan strategik utama Johor dalam usaha memulihkan ekonomi negeri itu pasca pandemik Covid-19.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz berkata, negara seberang tambak itu adalah antara pelabur terbesar di Malaysia terutamanya di Johor.

Menurutnya perkara berkenaan dibincangkan menerusi panggilan video dengan Menteri Pembangunan Negara Singapura, Desmond Lee, hari ini.

Lee turut mengucapkan tahniah kepada Onn Hafiz atas kelancaran pembukaan sempadan darat antara Malaysia dan Singapura pada 1 April lalu.

“Antara perkara yang kami bincangkan ialah langkah-langkah proaktif bagi meningkatkan hubungan antara rakyat Johor dan Singapura, lebih-lebih lagi selepas pintu sempadan dibuka.

“Kami juga berbincang serba sedikit berkenaan agenda ‘Joint Ministerial Committee Iskandar Malaysia-Singapura’ yang dipengerusikan secara bersama oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Pengangkutan Singapura, S Iswaran, Lee dan saya sendiri,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Baca juga:   Gempa bumi sederhana di Jawa, Indonesia

Ujar Onn Hafiz lagi, Johor dan Singapura mempunyai hubungan yang baik dan erat sejak sekian lama, malah ramai rakyat Singapura dan Johor mempunyai pertalian saudara.

“Semoga hubungan erat ini akan terus diperkukuhkan pada masa akan datang,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Tidak wujud dua kem dalam UMNO – Ismail Sabri

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan wujudnya ‘dua kem’ dalam UMNO ketika ini seperti yang didakwa sesetengah...

Lagi Artikel Berkaitan