Lastik!Slider Updated: 5 April 2022 Tiada sebab Indonesia tolak bahasa Melayu sebagai bahasa ASEAN By Editor Edisi 9 5 April 2022 2606 0 Share FacebookTwitterWhatsAppTelegram Mesti Baca Editor Edisi 9Editor Edisi 9 Ismail Sabri Yaakob dan Joko Widodo di Jakarta, Indonesia. PENULIS membaca laporan sebuah media di Indonesia yang menyatakan Menteri Pendidikan, Kebudayaan, Riset dan Teknologinya, Nadiem Makarim menolak usul Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi ASEAN.Beliau memberi alasan bahawa kementerian itu telah diberi tanggungjawab oleh pemerintahnya untuk mempertahankan dan mengembangkang bahasa dan sastera Indonesia.Dalam beberapa pernyataan Perdana Menteri sebelum ini jelas beliau mahu mengembalikan semula kegemilangan bahasa Melayu yang pernah menjadi ‘ligua franca’ di rantau ini, bahkan akan memperluaskannya di peringkat antarabangsa.Ketika pertemuan beliau dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) baru-baru ini, Ismail Sabri mencadangkan agar bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi ASEAN dan perkara itu dikatakan mendapat sokongan pemimpin negara tersebut.Jelas apa yang diutarakan oleh Ismail Sabri kepada Jokowi adalah beliau menjadikan bahasa Melayu, sekali lagi bahasa Melayu sebagai bahasa ASEAN, dan bukannya bahasa Malaysia.Bahasa Melayu telah menjadi bahasa pertuturan masyarakat di Indonesia, Brunei, Singapura, selatan Thailand, Melayu Champa di Kemboja serta selatan Filipina.NADIEM MAKARIMMalahan bahasa itu juga digunakan oleh masyarakat Melayu di Afrika Selatan, Sri Langka, Madagaskar, Kepulauan Cocos dan beberapa negara lain yang mempunyai masyarakat Melayu walaupun tidak secara meluas.Justeru, agak tidak munasabah jika Nadiem menolak penggunaan bahasa Melayu di ASEAN hanya semata-mata kerana menjadi dasar negara itu untuk mempertahankan dan mengembangkan bahasa Indonesia, yang juga merupakan bahasa rumpun Melayu.Penulis percaya, menteri Indonesia itu tidak memahami maksud Perdana Menteri apabila menyatakan mahu menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ASEAN kerana menilai apa yang dicadangkan oleh Ismail Sabri adalah bahasa Malaysia.Nadiem sepatutnya menyokong cadangan tersebut kerana dengan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ASEAN, secara tidak langsung bahasa Indonesia turut berkembang bersama-sama bahasa Melayu Nusantara lain.Apa yang membezakan bahasa Indonesia dan bahasa Melayu? Sebetulnya tidak ada bezanya kerana dasarnya adalah bahasa Melayu-Riau, sama juga dengan bahasa Melayu yang digunakan oleh masyarakat di selatan Thailand, Melayu Champa, selatan Filipina dan seluruh pelosok dunia lain. Advertisements Bahasa Melayu sudah berkembang seiring dengan sejarah penjajahan Barat yang mengagih-agihkan bumi Nusantara secara faraid sesama mereka. Indonesia diserah kepada Belanda, Tanah Melayu kepada Inggeris dan Filipina kepada Sepanyol.Secara tidak langsung pengaruh bahasa penjajah itu wujud dalam bahasa Melayu di rantau ini. Begitu juga dengan pengaruh bahasa daerah, suku dan kaum.Perkembangan itu adalah bersifat positif kerana secara tidak langsung akan memperkayakan khazanah bahasa Melayu itu sendiri.Nadiem sendiri mungkin lupa bahawa antara Malaysia, Indonesia dan Brunei telah lama menubuhkan MABBIM (Majlis Bahasa Brunei-Indonesia-Malaysia) iaitu kesinambungan kepada MABIM (Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia) yang ditubuhkan sejak tahun 1972.Fungsi MABBIM adalah untuk merancang dan memantau perkembangan kesemua baku-baku bahasa Melayu Nusantara yang dituturi di rantau ini.Jadi, tiada apa yang perlu dirisaukan oleh Nadiem sekiranya bahasa Melayu dijadikan bahasa ASEAN kerana kelak bahasa Melayu Indonesia, Melayu Malaysia, Singapura dan Brunei, bahasa Melayu Filipina, bahasa Melayu Champa dan bahasa Melayu Thailand akan digunakan oleh negara-negara terbabit.Bahasa-bahasa Melayu Nusantara ini semakin membaur dan difahami sehingga boleh memperkayakan istilah-istilah bahasa Melayu sendiri.Manakala MABBIM pula tidak lagi hanya dianggotai tiga negara – Malaysia, Indonesia dan Brunei – tetapi juga meliputi Singapura, Thailand, Kemboja dan Filipina selepas ini.Tidakkah itu yang terbaik? Lastik! – Indonesia kok gitu sih…Related posts:Import kelapa tua dari Indonesia ditambah atasi kurang bekalanATPC kembang pasaran perubatan global di IndonesiaProduk nanas Malaysia bakal tembusi pasaran IndonesiaKedinamikan bahasa Melayu mengharungi evolusi era digitalBebaskan jiwa dan mindamu yang merdeka Advertisements Tagsbahasa ASEANbahasa MelayuIndonesiaMalaysia Share FacebookTwitterWhatsAppTelegram Previous articlePICKids: 22,476 kanak-kanak telah lengkap vaksinNext articleSanggup berhimpit dalam kereta, 10 PATI ditahan Terkini BisnesWartawan Edisi 9 - 22 January 2025Hasil Aneka Jaringan rekod peningkatan 35.19 peratus ANEKA Jaringan Holdings Berhad (Aneka Jaringan), pakar pembinaan bawah tanah dan asas, dengan mengumumkan peningkatan hasil sebanyak 35.19 peratus... Bisnes MBOR iktiraf panel solar WHB pada kapal luar pesisir Wartawan Edisi 9 - 22 January 2025 Mesin Taip Buruk Kor Ming dan seekor lalat bernama Akmal Saleh! Editor - 22 January 2025 Bisnes Anwar bertemu pemimpin MNC di Davos, teroka sinergi pelaburan Lukman Ismail - 21 January 2025 Umum JKM sahkan mangsa pukul di Kemaman pemegang kad OKU Wartawan Edisi 9 - 21 January 2025 Lagi Artikel Berkaitan Benci sekali pun, usah simbah cuka pada luka Faisal Halim Lastik! Editor - 13 June 2024 Bila ‘troll’ melampau terhadap pemain, pasukan bola sepak… Lastik! Editor - 6 May 2024 SPRM akan panggil empat Ahli Parlimen PN sokong PM Slider Sharieza Ismail - 16 November 2023 Bekas menteri agama lelong jam Rolex untuk Palestin Slider Sharieza Ismail - 30 October 2023