29 C
Kuala Lumpur
Monday, November 28, 2022

PICKids: 22,476 kanak-kanak telah lengkap vaksin

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 22,476 kanak-kanak berumur antara lima dan 11 tahun sudah menerima lengkap dua dos vaksin COVID-19 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan laman web COVIDNOW, sejumlah 1,351,441 kanak-kanak daripada kumpulan umur yang sama atau 38 peratus daripada populasi itu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, 15,862,983 individu dewasa atau 67.4 peratus daripada populasi itu di negara ini sudah menerima dos penggalak, 22,955,496 individu (97.6 peratus) sudah lengkap vaksinasi, manakala 23,231,190 (98.8 peratus) menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berusia antara 12 dan 17 tahun, sejumlah 2,854,727 individu (91.8 peratus) daripada kumpulan itu sudah lengkap divaksinasi, manakala 2,949,995 individu (94.9 peratus) menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Setakat semalam, sebanyak 22,081 dos vaksin telah diberikan.

Ia membabitkan 2,630 dos pertama, 8,155 dos kedua dan 11,296 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 69,016,063 dos.

Baca juga:   Vaksin kepada swasta, kerajaan negeri pada fasa 3 dan 4

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 28 kes kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam dengan Perak dan Selangor merekodkan kematian tertinggi iaitu masing-masing enam kes.

Diikuti Johor (lima), Pulau Pinang (empat), Negeri Sembilan (tiga), Pahang (dua) manakala Kedah dan Sarawak masing-masing satu kematian.- Edisi 9

Wartawan

Terkini

PM terima kunjungan Sultan Brunei di Seri Perdana hari ini

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menerima keberangkatan tiba Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah hari...

Lagi Artikel Berkaitan