28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

12 kontena musnah dalam kebakaran di Pelabuhan Barat

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 12 kontena berisi pelbagai barangan musnah dalam kebakaran yang berlaku di Pelabuhan Barat, Klang, semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada jam 5.37 petang.

Katanya, sepasukan 34 pegawai dan anggota bersama jentera dari 10 Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) dikejarkan ke lokasi kejadian.

“BBP terbabit adalah Pelabuhan Barat, Andalas, Kota Anggerik, Petaling Jaya, Shah Alam, Pelabuhan Klang, Puchong, Subang, Serdang dan Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA).

“Laporan awal, kebakaran membabitkan lapan unit kontena yang disusun secara empat tingkat.

“Sehingga 9.30 malam tadi, 12 unit kontena dengan lapan muatan telah dikenalpasti iaitu alat ganti, alatan muzik, kapas, baby walker, minyak pelincir, benang, amionik dan sistem pemasangan bumbung.

“Muatan empat lagi unit kontena masih belum dikenal pasti,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Norazam berkata, kerja-kerja mengalihkan kontena yang belum terbakar sedang dilakukan dan kebakaran itu tidak membabitkan mangsa.

Sementara itu, terkini, beliau memaklumkan, operasi pemadaman sedang berjalan dan api dalam keadaan terkawal- Edisi 9

Terkini

Siti Hajar, pendiam tapi aktif dalam aktiviti kemasyarakatan

BERBEZA dengan mahasiswa lain yang aktif di kampus, gadis ini sering dianggap pendiam, walaupun banyak menyertai malah turut berpeluang...

Lagi Artikel Berkaitan