29.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Tiada siasatan baharu terhadap Dr Mahathir – Pengarah JSJ

Kali terakhir Dr Mahathir dipanggil oleh PDRM pada 23 Mac lalu bagi membantu siasatan kes terbitan buku Tommy Thomas

Mesti Baca

TIADA siasatan baharu dilakukan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sepertimana didakwa beliau sebelum ini.

Perkara itu disahkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Seri Abd Jalil Hassan menerusi satu kenyataan lewat malam tadi.

Menurut beliau, kali terakhir Ahli Parlimen Langkawi itu dipanggil oleh PDRM adalah pada 23 Mac lalu bagi membantu siasatan kes terbitan buku bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

“Rakaman percakapan beliau diambil hanya sebagai saksi bagi menjawab beberapa persoalan yang ditimbulkan dalam buku dihasilkan oleh bekas Peguam Negara tersebut berjudul My Story: Justice In The Wilderness,” kata beliau.

Sebelum itu, Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mendakwa beliau akan dipanggil oleh pihak berkuasa untuk disiasat namun tidak mendedahkan perkara tersebut secara terperinci.

Perkara itu dimaklumkan bekas Perdana Menteri itu dalam hantaran di Facebook beliau semalam.

“Saya akan dipanggil untuk soal siasat. Di Malaysia ini satu tekanan yang menakutkan. Tutup mulut. Tutup telinga. Awak okay,” katanya.

Beliau turut menyatakan kehairanannya kerana rakyat Malaysia tidak marah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Katanya, kedua-dua mereka antara yang disebut berkali-kali sebagai terlibat dengan kes 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Laporan-laporan ini boleh dibaca dalam akhbar Malaysia. Tetapi yang peliknya ramai orang Malaysia tidak sedikit pun marah terhadap Najib dan Rosmah, jauh sekali merasa malu.

“Di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor parti Najib disokong sehingga menang dua pertiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya. – Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan