26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Tun M dedahkan beliau akan disoal siasat

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PENGERUSI Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa beliau akan dipanggil oleh pihak berkuasa untuk disiasat namun tidak mendedahkan perkara tersebut secara terperinci.

Perkara itu dimaklumkan bekas Perdana Menteri itu dalam hantaran di Facebook beliau di sini.

“Saya akan dipanggil untuk soal siasat. Di Malaysia ini satu tekanan yang menakutkan. Tutup mulut. Tutup telinga. Awak okay,” katanya.

Ahli Parlimen Langkawi itu turut menyatakan kehairanannya kerana rakyat Malaysia tidak marah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Katanya, kedua-dua mereka antara yang disebut berkali-kali sebagai terlibat dengan kes 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Laporan-laporan ini boleh dibaca dalam akhbar Malaysia. Tetapi yang peliknya ramai orang Malaysia tidak sedikit pun marah terhadap Najib dan Rosmah, jauh sekali merasa malu.

“Di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor parti Najib disokong sehingga menang dua per tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, UMNO juga dilihat lebih menghormati Najib berbanding Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Dalam satu rakaman video Perdana Menteri ditolak ke belakang oleh Presiden UMNO dan tarik Najib ke hadapan di tempat Perdana Menteri,”katanya. 

Dr Mahathir turut mendakwa Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak menjadi Perdana Menteri sekiranya UMNO Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan segera seperti mana yang dimahukan ahli parti itu. 

“Yang akan jadi Perdana Menteri tentulah penyokong kuat Najib. Bagi kerajaan yang akan didirikan, yang utama ialah membebas Najib dari hukuman 12 tahun penjara.

“Contoh sudah ada. Anak tiri Najib terlepas dari penjara kerana bagi balik separuh dari duit yang dicuri. 

“Najib boleh bagi balik banyak mana yang dikehendaki oleh Kerajaan BN. Ia akan diampun. Maka setelah mencuri berbillion ringgit, Najib yang didapati salah, tidak dipenjara barang sehari pun.

“Ini keadilan di Malaysia. Curi seekor ayam masuk penjara serta merta. Oleh itu curi berbillion. Didapati salah oleh mahkamah. Bagi balik setengah billion. Bebas. Belum jadi, tetapi boleh jadi. Saya agak-agak sahaja,” jelasnya. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan