32.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Enrolmen lebih 600 murid mungkin hadir tanpa penggiliran

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) sedang meneliti situasi semasa bagi membolehkan kumpulan murid tahun 3, 4 dan 5 bagi sekolah rendah dengan enrolmen lebih 600 murid dapat hadir ke sekolah tanpa penggiliran.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, pada masa ini bagi kumpulan berkenaan seramai 273,025 orang murid masih hadir ke sekolah secara penggiliran.

“KPM sedang meneliti situasi semasa bagi membolehkan kumpulan murid ini dapat turut hadir ke sekolah tanpa penggiliran,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Dalam hantaran yang sama, beliau berkongsikan tinjauan pengoperasian beberapa buah sekolah di negeri Selangor sempena hari pertama sesi persekolahan secara bersemuka bagi semua murid sekolah menengah.

Dalam pada itu, Radzi berkata, secara keseluruhan, seramai 2,060,997 murid sekolah menengah terlibat dalam sesi persekolahan mulai hari ini, setelah mereka mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) sejak awal sesi persekolahan 2022/2023.

Selain itu menurut beliau, seramai 2,674,104 murid sekolah rendah juga mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka menjadikan jumlah keseluruhan murid sekolah menengah dan rendah adalah seramai 4,735,101 orang.

“Dalam masa yang sama, seramai 273,025 orang murid tahun 3, 4 dan 5 bagi sekolah rendah dengan enrolmen lebih 600 murid masih hadir ke sekolah secara penggiliran.

“Terima kasih kepada murid, guru dan ibu bapa yang sentiasa memberi keutamaan dalam aspek keselamatan agar pengoperasian sekolah secara bersemuka dapat terus berjalan dengan lancar dan selamat.

-EDISI9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan