26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, March 31, 2023

Sanggup berhimpit dalam kereta, 10 PATI ditahan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SANGGUP berhimpit, akhirnya tertangkap juga.

Itulah kejadian yang berlaku, apabila 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar sanggup berhimpit di dalam sebuah kereta untuk masuk ke negara ini, namun tindakan mereka kurang berhasil apabila kesemuanya ditahan Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan, awal pagi ini.

Kereta jenis Proton Waja dipandu seorang lelaki tempatan yang bertindak sebagai tekong darat juga ditahan di jalan pintasan Pasir Mas, di sini kira-kira pukul 3 pagi.

Pegawai Pemerintah Batalion 7 PGA Superintendan Azhari Nusi berkata, hasil pemeriksaan dilakukan telah menemukan lapan penumpang terdiri daripada tujuh lelaki dan seorang wanita berada di dalam kereta tersebut.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut dalam but kereta itu pula membawa kepada penemuan dua lagi lelaki yang bersembunyi di bahagian tersebut.

“Kita mendapati tujuh daripada 10 PATI itu tidak mempunyai pengesahan masuk ke negara ini, selebihnya pula gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.

Baca juga:   14 PATI ditahan, cuba seludup masuk negara

“Kesemua PATI termasuk tekong darat warga tempatan serta kenderaan terbabit dibawa ke Balai Polis Jeram Perdah untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 serta Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63.- Edisi 9

Wartawan

Terkini

4 beradik maut dalam kebakaran dikebumi satu liang

JENAZAH empat beradik yang maut dalam kejadian kebakaran di Kampung Sabak Awor, Muar malam semalam, selamat dikebumikan dalam satu...

Lagi Artikel Berkaitan