26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, September 30, 2022

Warga Singapura lepas gian, berlumba, pandu secara berbahaya

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

LEPAS gian… Begitulah lagak yang ditunjukkan beberapa individu membawa kenderaan nombor pendaftaran Singapura dengan memandu secara berbahaya di lebuh raya negara ini.

Bagaimanapun, nasib mereka ditangan polis apabila pihak berkuasa kini sedang mengesan pemandu kereta berkenaan selepas video aksi mereka yang memandu secara melulu di simpang lampu isyarat Felda Gugusan Adela, Kota Tinggi, Johor.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi (IPD) telah mengesan satu video tular berdurasi 41 saat yang memaparkan sebuah kereta berwarna emas dipandu dalam keadaan merbahaya dengan cara memotong kenderaan lain secara melulu.

Katanya, kejadian disyaki berlaku di jalan Sungai Rengit menghala ke Bandar Penawar itu boleh menyebabkan berlakunya kemalangan.

“Aksi merbahaya itu berjaya dirakam oleh orang awam dan telah dimuatnaik ke laman Facebook pada 3 April 2022 yang lalu.

Baca juga:   Dapatkan jersi 'home' JDT di Nike.com hari ini

“Susulan rakaman video tersebut, pihak polis BSPT telah membuka kertas siasatan dibawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan sedang mengenalpasti pemandu kenderaan yang terlibat.

“Jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan didenda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak lebih RM15,000,”katanya dalam kenyataan.

Tambahnya pihak polis menasihati orang ramai supaya tidak memandu kenderaan dan
melakukan aksi-aksi yang boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan juga pengguna jalan raya yang lain. – Edisi 9

Baca juga:   Radzi kongsi pengalaman siapkan bekal untuk anak ke sekolah

Terkini

Bajet 2023 tumpuan Dewan Rakyat kali ini

PEMBENTANGAN Bajet 2023 menjadi tumpuan utama pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen ke-14 yang dijadual bersidang selama 32 hari...

Lagi Artikel Berkaitan