29.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Farizal stabil selepas insiden mencemaskan

Beliau berlaga dengan pertahanan JDT, Shane Lowry ketika berusaha menyelamatkan gawang dalam aksi menentang Terengganu FC malam tadi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KETUA pasukan dan penjaga gol utama Johor Darul Ta’zim (JDT), Mohd Farizal Marlias berada dalam keadaan stabil berikutan kecederaan dialami dalam insiden mencemaskan pada aksi Liga Super menentang Terengganu FC (TFC) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam Ahad.

Bagaimanapun, Mohd Farizal yang juga penjaga gawang nombor satu skuad kebangsaan akan kekal dalam pemerhatian, selain perlu menjalani beberapa ujian perubatan di hospital, menurut hantaran di Facebook rasmi Johor Southern Tigers.

Sebelum itu, pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan berangkat melawat Mohd Farizal di hospital.

Kecederaan dialami Mohd Farizal berikutan pelanggaran dengan rakan sepasukan Shane Lowry ketika cuba menyelamatkan hantaran lintang pemain tengah TFC, Muhammad Syafik Ismail pada minit ke-61.

Mohd Farizal yang seakan tidak sedarkan diri terpaksa diusung keluar dan penjaga gol simpanan, Muhammad Haziq Nadzli dibawa masuk bagi menggantikannya.

Skuad Harimau Selatan menang 2-1 pada pertembungan itu hasil dua gol tandukan penyerang sensasi Bergson da Silva yang menafikan gol penyamaan Kpah Sherman.

Ia sekali gus membantu pasukan mengekalkan rekod kemenangan 100 peratus dalam empat perlawanan untuk menerajui takhta liga. – Bernama

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan