25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, September 30, 2022

Malaysia, Thailand kerjasama perketat rondaan sempadan

Kerjasama itu bagi mengekang pembolosan jenayah rentas sempadan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA dan Thailand menerusi Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor dan Thai Marine Police (TMP) akan bekerjasama dalam memperketatkan kawalan di sempadan negara bagi mengekang pembolosan jenayah rentas sempadan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, kerjasama itu dilakukan dengan meningkatkan rondaan dan pemeriksaan rambang di sepanjang perairan kedua-dua negara terbabit.

“Pasukan polis sentiasa komited dalam usaha kesiapsiagaan kawalan di sempadan perairan negara bagi memastikan negara ini kebal daripada dibolosi jenayah.

“Hubungan yang rapat antara PPM Wilayah Tiga bersama pasukan sahabat dari negara jiran Thailand membolehkan perkongsian maklumat berkaitan aktiviti rentas sempadan dapat disalurkan dengan lebih berkesan pada setiap masa,” katanya menerusi kenyataan, lapor Sinar Harian.

Beliau sebelum itu mengadakan lawatan kerja rasmi di sempadan negara di sini.

Baca juga:   Mansuh import AP bahan makanan langkah tepat

Hadir sama, Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Pengkalan Kubor, Asisten Superintendan Mohd Rudzuan Ahmad dan Ketua Polis Wilayah Narathiwat, Major Geneneral Waesamae Salaeh.

Kolaborasi rondaan bersama antara PPM Wilayah Tiga dan TMP turut melibatkan kerjasama dengan pasukan Thai Border Patrol (TBP).

Mengulas lanjut, beliau berkata, kemampuan aset PPM Wilayah Tiga digabungkan dengan kekuatan keanggotaan daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) akan memantapkan lagi pengawalan keselamatan di sempadan sekali gus menjamin keselamatan persekitaran perairan Pantai Timur Semenanjung Malaysia terhadap aktiviti ekonomi negara.

Baca juga:   Pas atau UMNO patut kembali ke pangkal jalan?

“Kerjasama yang sedia terjalin menjadi satu platform mudah untuk perkongsian maklumat.

“Rondaan perairan yang melibatkan pasukan PPM bersama Polis Thailand, TMP dan TBP adalah norma baharu dalam memperkasakan kawalan sempadan perairan negara Malaysia-Thailand,” katanya.

Terkini

Ejen kosmetik diculik ke negara jiran berjaya diselamatkan

SEORANG ejen jualan produk kosmetik yang diculik dalam kejadian di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu di Tumpat, Kelantan, 13 September...

Lagi Artikel Berkaitan