36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

8,112 kes baharu COVID-19, rekod penurunan semalam

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JUMLAH jangkitan kes baharu COVID-19 semalam merekodkan penurunan dengan sebanyak 8,112 kes dilaporkan, menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 4,325,818 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, daripada kes yang dilaporkan semalam, sebanyak 25 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

“Kesemua kes tersebut dilaporkan di Selangor (4,299 kes), Kuala Lumpur (708 kes), Negeri Sembilan (490 kes), Perak (465 kes), Johor (404 kes), Pulau Pinang (355 kes), Kedah (257 kes), Melaka (225 kes), Sarawak (224 kes) dan Terengganu (211 kes).

“Seterusnya, Pahang (193 kes), Sabah (124 kes), Kelantan (98 kes), Perlis (26 kes), Labuan (22 kes) dan Putrajaya (11 kes),” demikian maklumat tersebut di sini hari ini.

Dalam masa sama, sebanyak 12 kes kematian COVID-19 dilaporkan.

Ini menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 35,292 kes serta sebanyak empat kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID sebanyak 7,453 kes.

Sarawak pula mencatatkan kematian tertinggi iaitu lima kes diikuti dengan dua di Perak manakala, Johor, Kedah, Kelantan, Selangor dan Kuala Lumpur masing-masing satu kematian.

Sebanyak 145,798 kes aktif dilaporkan melibatkan 142,513 kes dikuarantin di rumah, 300 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), 2,811 kes di hospital, 64 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 110 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.- Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan