32.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Covid-19: Kes baharu kekal bawah 500, 14 hari berturut-turut

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 293 kes Covid-19 direkodkan dan dua kematian dilaporkan di negara ini semalam.

Ini menyaksikan jangkitan baharu Covid-19 dalam negara kekal berada di bawah 500 kes untuk 14 hari berturut-turut.

Menerusi portal KKMNOW, rekod semalam menyaksikan peningkatan kes sedikit berbanding 285 yang dicatatkan pada hari sebelumnya.

Sementara itu, kes aktif yang dilaporkan pada Sabtu turun ke 10,320 kes.

Daripada jumlah itu, 9,942 kes atau 96.3 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.

Advertisements

Tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin(PKRC), manakala 366 pesakit mendapat rawatan di hospital.

12 daripada mereka ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 10 daripada pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Negara juga mencatatkan 326 kes sembuh.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan