32.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Wanita ditahan cederakan isteri ketiga suami

Mangsa, seorang peniaga mendakwa suspek turut merosakkan sebuah motosikal dan sebuah kereta milik suaminya.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG wanita ditahan susulan dipercayai mengakibatkan kecederaan ke atas madunya dalam kejadian di Chukai, Kemaman, Terengganu semalam.

Difahamkan, madunya itu cedera pada jari tangan selepas dipercayai terlibat dalam pertengkaran dan pergelutan dengan suspek yang tiba-tiba menceroboh masuk ke dalam kawasan rumah mangsa.

Menurut Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 2.15 petang ketika mangsa berusia 34 tahun itu berada di rumah bersama seorang anak lelaki berusia lapan tahun.

“Berdasarkan aduan, mangsa yang juga merupakan seorang peniaga mendakwa suspek berusia 28 tahun itu turut merosakkan sebuah motosikal dan sebuah kereta milik suaminya.

“Suspek didakwa telah menerpa masuk ke dalam kawasan pagar rumah dan terus bertindak memecahkan cermin hadapan dan belakang sebuah kereta milik suami dengan menggunakan bakul mengisi buah sebelum berlaku pertengkaran mulut dan pergelutan antara mereka.

“Ketika kejadian, suspek juga didakwa bertindak mencalarkan sarung belakang sebuah motosikal,” katanya hari ini.

Menurut Hanyan, siasatan mendapati suspek datang ke rumah mangsa untuk mencari suaminya yang didakwa tidak pulang ke rumah selama dua hari.

“Suspek juga ada bertanyakan kepada pengadu sama ada pengadu mengetahui bahawa suaminya itu telah berkahwin dengan adiknya (adik suspek),” katanya.

“Suspek yang juga seorang peniaga turut membuat laporan polis mendakwa pengadu merosakkan kereta jenis BMW miliknya ketika kejadian.

Hanyan berkata, suspek telah ditahan dan kes itu disiasat dibawah Seksyen 447/427 Kanun Keseksaan.

-EDISI9

Terkini

PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH/BN wakili kerajaan perpaduan

CALON Pakatan Harapan/Barisan Nasional (PH/BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu akan mewakili...

Lagi Artikel Berkaitan