32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, June 2, 2023

Usaha cari MH370 tidak akan dihentikan – Loke

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

USAHA mencari atau siasatan berhubung tragedi yang menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370  yang hilang sejak sembilan tahun lalu tidak akan dihentikan.

Itu jaminan yang diberikan Menteri Pengangkutan Anthony Loke dalam satu kenyataan media malam tadi.

Menurut beliau, kerajaan Malaysia tidak pernah melupakan tragedi yang berlaku pada 8 Mac 2014 itu dan akan menyambung semula operasi pencarian bagi mengesan lokasi terakhirnya jika terdapat maklumat baharu yang boleh dipercayai.

“Rabu ini merupakan ulang tahun kesembilan tragedi penerbangan MH370 hilang tanpa jejak yang telah meninggalkan seribu tanda tanya kepada ahli keluarga mangsa mengenai apa yang sebenarnya menimpa pesawat malang itu.

“Tiada ucapan atau rasa simpati yang mampu mengubati atau memadam kesedihan serta kesengsaraan ahli keluarga 239 penumpang dan anak kapal MH370 yang kehilangan orang tersayang.

“Rakyat Malaysia akan sentiasa bersama anda dan berkongsi beban kesengsaraan ini. Kami menghormati semua nyawa yang terkorban dan tidak akan pernah melupakan mereka,” katanya.

Untuk rekod, pada 8 Mac 2014, pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing namun hilang daripada skrin radar dua jam kemudian.

Baca juga:   Gerabak khas LRT, Monorel dan MRT tidak praktikal

Susulan itu, operasi mencari secara besar-besaran membabitkan beberapa negara dijalankan di kawasan berkeluasan berjuta-juta kilometer persegi di selatan Lautan Hindi namun pesawat MH370 atau bangkainya gagal ditemukan.

Pada Januari 2017, Menteri Pengangkutan ketika itu, Datuk Seri Liow Tiong Lai menegaskan pencarian pesawat MH370 hanya ditangguhkan sementara dan bukan dihentikan sepenuhnya.

Baca juga:   KPDNHEP mula kawal selia pusat rawatan kecantikan

Ujar Tiong Lai, pencarian akan diteruskan jika ada penemuan baharu berkaitan pesawat komersil negara itu.

Pada Mei 2018,  kerajaan memutuskan pencarian pesawat MH370 di selatan Lautan Hindi dihentikan memandangkan ia sudah memakan tempoh carian yang panjang.

Perdana Menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan bagaimanapun sedia untuk menimbangkan semula usaha pencarian jika terdapat bukti baharu yang konsisten.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Enam nelayan Indonesia ditahan ceroboh perairan negara

ENAM nelayan warga Indonesia ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang kerana disyaki melakukan aktiviti menangkap...

Lagi Artikel Berkaitan