Wednesday, July 22, 2026

Jerman hilang khidmat Havertz, Schlotterbeck

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

KEM Jerman kehilangan dua pemain Kai Havertz dan Nico Schlotterbeck menjelang aksi persahabatan menentang Belgium pada Rabu ini.

Persatuan Bolasepak Jerman (DFB) dalam kenyataan di media sosial memaklumkan kedua-dua pemain itu sudah dihantar pulang ke pangkuan kelab masing-masing.

Menurut kenyataan itu, penyerang Chelsea, Havertz, diketepikan kerana masalah kesihatan manakala pertahanan Borussia Dortmund, Schlotterbeck, dilanda kecederaan paha.

Kedua-dua pemain itu diturunkan kesebelasan utama pada perlawanan bertemu Peru dengan Jerman mencatatkan kemenangan 2-0, Ahad lalu.

Sementara itu, Belgium yang menewaskan Sweden 3-0 dalam perlawanan pembukaan kelayakan Euro 2024 minggu lalu bakal beraksi tanpa penjaga gol Real Madrid, Thibaut Courtois, akibat kecederaan ringan. – EDISI9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan