24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Belgium terus garang, benam Jerman 3-2

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

BELGIUM memulakan era baharu di bawah kendalian jurulatih, Domenico Tedesco dengan bergaya apabila mencatatkan dua kemenangan berturut-turut termasuk membenam Jerman 3-2 dalam aksi perlawanan persahabatan malam tadi.

Kemenangan Red Devils dipacu oleh kapten baharu dilantik, Kevin De Bruyne dengan mencipta dua hantaran dan jaringan satu gol dalam perlawanan itu.

Gol Belgium dihasilkan oleh Yannik Carrasco dan Romelu Lukaku, masing-masing pada minit keenam dan kesembilan hasil umpanan De Bruyne.

Jerman yang tersentak dengan dua haringan awal pasukan lawan cuba untuk bangkit dengan menjaringkan gol setelah dihadiahkan sepakan penalti sebelum waktu rehat.

Advertisements

Jaringan De Bruyne pada minit ke-78 kembali meletakkan Jerman ketinggalan dua gol.

Penyerang Jerman, Serge Gnabry kembali mengecilkan jurang itu menerusi jaringannya pada minit ke-87 tetapi ia sudah terlalu lewat untuk menyekat kemenangan Belgium untuk memulakan era yang cukup meyakinkan di bawah bimbingan Tedesco.

Era Tedesco bermula dengan kemenangan 3-0 ke atas Sweden dalam pusingan kelayakan Euro 2024 pada Jumaat lalu.

Bekas jurulatih RB Leipzig itu dilantik bagi menggantikan Roberto Martinez yang dipecat selepas kejohanan Piala Dunia 2022 di Qatar. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan