25.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Malaysia mohon bantuan Jerman pindah rakyat dari Sudan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN memohon bantuan daripada kerajaan Jerman untuk memindahkan rakyat Malaysia yang masih berada di negara bergolak, Sudan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu diketengakan beliau semasa menerima panggilan telefon daripada Presiden Jerman, Frank-Walter Steinmeier, semalam.

“Saya juga berkesempatan memohon bantuan daripada pihak Jerman untuk membantu dalam usaha repatriasi rakyat Malaysia dari Sudan.

“Dalam hal ini, Kementerian Luar Negeri akan menggembleng segala usaha bagi memastikan keselamatan rakyat Malaysia di luar negara terjamin,” katanya dalam Facebook, hari ini.

Untuk rekod, konflik di Sudan membabitkan dua pihak iaitu Angkatan Tentera Sudan (SAF) dan Rapid Support Forces (RSF) mencetuskan pergolakan politik serta menggugat keselamatan di negara itu. 

Advertisements

17 April lalu, Menteri Luar Negeri (KLN), Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, seramai 29 rakyat Malaysia yang dikenal pasti berada di Sudan berada dalam keadaan selamat.

Ujar Zambry, maklumat mereka adalah 11 pelajar, tiga Home Based Staff dan lapan ahli keluarga, masing-masing seorang bekerja dengan Petronas, UNICEF, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), bekerja di World Vision dan di Hotel Lian Tian International, manakala dua lagi bekerja PPB di Wilayah Abyei.

Dalam kenyataan terbaharu hari ini, Zambry memaklumkan Malaysia berjaya membantu memindahkan lima warganegara lain serta dua rakyat Malaysia dari Sudan.

Dalam pada itu, Anwar berkata, dalam panggilan talefin itu juga, mereka berbincang mengenai isu-isu hubungan dua hala Malaysia-Jerman, kerjasama anti-rasuah antara institut anti-rasuah kedua-dua negara, dan kerjasama dalam inisiatif tenaga karbon hijau.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan