26.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 17, 2024

Lebih 24 jam selepas langgar lari, pelaku serah diri

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SELEPAS lebih 24 jam terbabit dalam kejadian langgar lari sehingga menyebabkan nyawa seorang warga emas “melayang”, pelaku akhirnya tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang, Terengganu, semalam.

Kejadian berkenaan berlaku Ahad lalu, membabitkan mangsa, Esah Awang, 72, yang dilanggar lari sebuah kereta ketika melintas jalan untuk menunaikan solat di masjid di Kampung Rhu Muda.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.50 malam itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan paramedik akibat cedera parah. 

Menurut Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd. Zain Mat Dris,  lelaki berusia 42 tahun dari Bukit Payung dekat sini, menyerah diri ketika membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Marang di sini pada pukul 2.56 petang semalam. 

“Siasatan mendapati lelaki tersebut yang bekerja sebagai pemandu jentera mempunyai lesen memandu yang sah.

“Lelaki terbabit yang dipercayai memandu Perodua Myvi ketika kejadian telah serah diri kepada polis dan membuat laporan mengenai kemalangan itu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Zain berkata, polis telah merampas  kereta yang dipercayai terlibat dalam kes langar lari itu untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat  mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

-EDISI9

Terkini

26 warga asing ‘kosong’ ditahan di sekitar Johor Bahru

SEBANYAK 26 warga asing ditahan dalam operasi di sekitar Johor Bahru kerana dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan...

Lagi Artikel Berkaitan