27.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Jerman singkir Flick susulan kekalahan kepada Jepun

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

HANSI Flick dipecat selaku pengendali skuad kebangsaan Jerman susulan kekalahan besar 1-4 kepada Jepun, dalam aksi persahabatan, Sabtu lalu.

Keputusan itu dicapai susulan mesyuarat tergempar yang diadakan pihak berkepentingan Jerman, hanya sembilan bulan sebelum negara itu menganjurkan Kejohanan Eropah (Euro) 2024.

Presiden Persatuan Bola Sepak Jerman (DFB), Bernd Neuendorf berkata, ahli jawatankuasa bersetuju bahawa pasukan senior lelaki kebangsaan memerlukan perubahan susulan keputusan mengecewakan yang dicatatkan.

“Kami perlukan semangat, optimis dan keyakinan dalam skuad kebangsaan. Bagi saya secara peribadi, ini merupakan satu keputusan yang sukar sejak memegang jawatan ini.

Advertisements

“Kerana saya sangat menghargai Flick dan pembantunya sebagai seorang yang pakar dalam bola sepak dan menguruskan sumber manusia.

“Namun, kejayaan dalam sukan adalah keutamaan DFB. Jadi, keputusan ini tidak dapat dielakkan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Jerman bakal berdepan satu lagi ujian besar apabila akan turun menentang Perancis di Signal Iduna Park, esok.

Untuk rekod, pada Piala Dunia Qatar Disember lalu, Jerman tersingkir di peringkat kumpulan dan dikejutkan Jepun, 2-1 dalam aksi pembukaan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan