25.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024

Djokovic juarai Terbuka AS, samai rekod 24 Grand Slam Court

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

GENAP 50 tahun selepas pemain tenis lagenda, Margaret Court menang kejuaraan ke-24 Grand Slam di Terbuka Amerika Syarikat (AS), Novak Djokovic hari ini mencipta sejarah mencatat jumlah kejuaraan yang sama.

Djokovic berusia 36 tahun itu meletakkannya kini sebagai GOAT atau pemain tenis terhebat sepanjang zaman (lelaki) selepas menang Terbuka AS pagi tadi selepas menewaskan penyandang juara, Daniil Medvedev 6-3, 7-6 dan 6-3.

Kejayaan yang ditempa di Flushing Meadows–Corona Park, New York itu meletakkan Djokovic lebih satu Grand Slam berbanding Serena William, Rafael Nadal (dua) dan Roger Federer (empat).

Djokovic menjadi pemain tertua menjuarai Terbuka AS dalam sejarah dan dengan kejayaan menjuarai tiga daripada kejohanan utama musim ini, pemain Serbia itu akan kembali ke ranking nombor satu dunia.

Menang sembilan daripada 14 pertemuan menentang Medvedev, Djokovic memerlukan tiga jam dan 17 minit bagi menjinakkan pemain ranking nombor tiga dunia dari Rusia tersebut.

Advertisements

Usai perlawanan, Djokovic yang memeluk anak perempuannya, Tara berkata, dia dapat menjadikan impiannnya sejak kecil menjadi kenyataan.

“Untuk mencipta sejarah dalam sukan ini adalah sangat luar biasa dan istimewa. Saya tidak pernah terfikir akan menang 24 Grand Slam tetapi dalam beberapa tahun lalu, saya ada fikir mampu lakukannya,” katanya.

Turut mengenakan kemeja-T dengan tulisa ‘Mamba Mentality’, Djokovic turut memberikan penghargaan kepada pemain bola keranjang LA Lakers yang telah meninggal dunia, Kobe Bryant.

“Saya fikir akan memakainya jika menang kejohanan ini. Saya tidak memberitahu sesiapa.

“Kobe adalah kawan baik saya dan kami bercakap banyak mengenai mentaliti juara. Dia adalah salah seorang yang sangat saya percayai,” kata Djokovic. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

‘Bike Week’ Team Selangor bina semangat patriotisme

TEAM Selangor telah menganjurkan program ‘Bike Week’ dalam usaha membina semangat patriotisme sempena bulan Kemerdekaan 31 Ogos dan Hari...

Lagi Artikel Berkaitan