25.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Tundukkan Djokovic, Alcaraz muncul juara Wimbledon

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PEMAIN tenis nombor satu dunia, Carlos Alcaraz meraih kejuaraan Grand Slam kedua dalam kariernya apabila menundukkan Novak Djokovic di final Wimbledon awal pagi tadi.

Berbeza umur 16 tahun dengan lawannya, Alcaraz, 20 mempamerkan semangat juang yang tinggi untuk bangkit selepas tewas mudah 6-1 di set pertama kepada wakil Serbia tersebut.

Pemain muda itu bagaimanapun bangkit dalam dua set berikutnya apabila menang 7-6 di set kedua sebelum unggul di set ketiga dengan kemenangan 6-1.

Lagenda tenis dunia, Djokovic bagaimanapun enggan mengalah apabila meraih kemenangan di set keempat dengan mata 6-3.

Advertisements

Set penentuan menyaksikan Alcaraz berjaya mengawal gemuruhnya apabila mencipta kemenangan di set kelima dengan mata 6-4 sekali gus meraih kejuaraan Grand Slam kedua dalam kariernya.

Kemenangan itu menyaksikan Alcaraz menjadi pemain tenis lelaki ketiga termuda menjuarai Wimbledon sementara ini merupakan kekalahan lima set pertama Djokovic dalam kejohanan tersebut.

Kali terakhir Djokovic tewas dalam pertarungan lima set adalah pada 2019 dalam kejohanan Terbuka Perancis.

Alcaraz meraih gelaran Grand Slam pertamanya pada usia 19 tahun di Kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat tahun lalu, selepas menewaskan pemain Norway, Casper Ruud dengan mata 6-4, 2-6, 7-6, 6-3. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

KPM umum beberapa inisiatif termasuk lonjak kapasiti guru digital

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital, kata Menteri Pendidikan,...

Lagi Artikel Berkaitan