30.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Lebih ramai pelajar bukan Bumiputera ke matrikulasi – PM

Mesti Baca

KERAJAAN akan membuka lebih banyak ruang kepada para pelajar bukan Bumiputera untuk ditempatkan ke matrikulasi dan program pra-universiti selepas ini.

Untuk itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan membentuk satu jawatankuasa khas bagi menilai kaedah penawaran penempatan kepada golongan pelajar terbabit.

Beliau berkata, kerajaan tidak mahu melihat anak-anak cemerlang dinafikan hak dalam sistem pendidikan negara tanpa mengenepikan sistem kuota yang dikekalkan kepada pelajar Melayu dan Bumiputera.

“Saya sudah meminta Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek untuk melihat tantangan berkaitan penubuhan jawatankuasa tersebut yang akan melihat kepada ruang lebih banyak diberikan kepada pelajar bukan Bumiputera, termasuk anak masyarakat India yang cemerlang,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Ramah Mesra Bersama Masyarakat India di Pulau Pinang, malam tadi.

Untuk rekod, pada masa kini jumlah pengambilan pelajar ke program matrikulasi di bawah Kementerian Pendidikan ialah seramai 40,000 orang.

Manakala kuota kemasukan pula dengan 90 peratus untuk pelajar Bumiputera manakala 10 peratus lagi untuk bukan Bumiputera.

Dengan kata lain, jumlah pelajar Bumiputera yang berpeluang memasuki matrikulasi kira-kira seramai 36,000 manakala bukan Bumiputera sebanyak 4,000 orang. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bekas kakitangan Utusan dapat persetujuan Mahkamah Persekutuan

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan