25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Bot nelayan gaji pekerja asing ditahan 

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEBUAH bot nelayan tempatan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melalui Zon Maritim Kuala Kurau kerana menggaji pekerja asing, kira-kira 16.6 batu nautika dari Pulau Terong, Perak.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd. Najhan Azman Hamid berkata, bot kelas B jenis pukat tunda itu ditahan bersama tiga nelayan termasuk tekong warga Myanmar pada pukul 12.15 tengahari kelmarin.

Katanya, bot nelayan itu dikesan pasukan operasi Maritim Malaysia dalam rondaan rutin di kawasan terbabit ketika sedang melakukan aktiviti perikanan dan dirapati untuk pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati, terdapat tiga nelayan warga Myanmar termasuk tekong berumur di antara 30 hingga 36 tahun berada di atas bot ketika penahanan dibuat.

“Hasil pemeriksaan terhadap dokumen mereka, dua daripadanya tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah manakala bot yang digunakan walaupun memiliki lesen namun tidak diusahakan sendiri pemiliknya,” katanya.

Advertisements

Mohd. Najhan berkata, tekong gagal mengemukakan dokumen kebenaran menggajikan kru warga asing oleh Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

Menurut beliau, kesemua nelayan ditahan bersama bot dan peralatan menangkap ikan dirampas sebelum dibawa ke jeti Zon Maritim Kuala Kurau untuk tindakan selanjutnya.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu bot tidak diusahakan sendiri oleh pemiliknya dan menggunakan kru warga asing tanpa kebenaran serta Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di Malaysia tanpa dokumen pengenalan diri yang sah.

“Maritim Malaysia mengingatkan kepada semua komuniti maritim agar sentiasa mematuhi undang-undang yang ditetapkan demi keselamatan perairan negara dan mengelakkan tindakan diambil,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan