27.7 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Sze Fei-Nur Izzuddin juara Terbuka AS

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PASANGAN beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani merangkul gelaran pertama mereka tahun ini selepas menjuarai Terbuka Amerika Syarikat (AS) awal pagi tadi.

Diletakkan sebagai pilihan ketiga kejohanan, pasangan negara mudah mengenepikan cabaran wakil Taiwan, Lee Fang-Chih-Lee Fang-Jen dengan straight set 21-9, 21-10 dalam aksi selama 30 minit.

Pasangan ini berpisah selama lima bulan sejak Februari lalu dan baharu sahaja digandingkan semula bulan lalu.

Namun, sekembalinya mereka dapat kejohanan pertama selepas berpisah membawa tuah kepada pasangan ranking nombor 53 dunia itu apabila unggul dalam aksi final di Pusat Mid-America, Council Bluffs, Iowa.

Advertisements

Sementara itu, kemenangan itu menyaksikan mereka memecah kemarau tanpa sebarang gelaran selama lebih setahun.

Untuk rekod, kali terakhir mereka meraih kejuaraan adalah pada Terbuka Jerman 2022 selepas menewaskan pasangan dari China Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi, 23-21, 16-21, 21-14.

Sze Fei-Nur Izzuddin meraih AS$16,590 (RM77,562), susulan kemenangan dilakar mereka manakala naib juara Fang-Chih-Fang-Jen, memperoleh AS$7,980 (RM37,308). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MASA, IDS jalin kerjasama bidang penyelidikan, masyarakat

INSTITUT Kajian Pembangunan (Sabah) IDS dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan menjalin...

Lagi Artikel Berkaitan