28 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 16, 2024

Muhyiddin umum bekas KSU calon PN DUN Dengkil

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BEKAS Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Jamil Salleh diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Dengkil.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mengumumkan Datuk Suhaimi Mohd Ghazali yang juga Ketua Bahagian Bersatu Sepang sebagai calon bagi DUN Sungai Pelek.

Pengumuman itu dibuat pada Majlis Ceramah Perdana Jelajah Selangor Baharu di pekarangan Markas Tarbiyah Al-Idrisiah, Labohan Dagang, Sepang malam tadi.

Advertisements

“Dua nama saya nak umumkan lebih awal daripada pengumuman rasmi, calon kita (PN) untuk DUN Sungai Pelek, Datuk Suhaimi Mohd Ghazali iaitu calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan di DUN Dengkil adalah Datuk Seri Jamil Salleh.

“Dia (Jamil) baru bersara dari Ketua Setiausaha KPDNHEP baru sahaja jadi ahli Bersatu yang saya bersetuju letakkan seorang tokoh yang sudah banyak berjasa kepada negara,” katanya disambut gemuruh hadirin hadir.

Yang turut hadir pada majlis itu, Pengerusi PN Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, Ketua Wanita PN, Datuk Seri Rina Harun, dan Ahli Parlimen Jerantut, Khairil Nizam Khirudin. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

KPM umum beberapa inisiatif termasuk lonjak kapasiti guru digital

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital, kata Menteri Pendidikan,...

Lagi Artikel Berkaitan