27.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

PRN beri isyarat penolakan kerajaan pimpinan Anwar

Kalau kita buat keputusan dengan memberi pangkah kepada PN,… ia beri isyarat kepada Perdana Menteri di Sepang yang kita tidak mahu Anwar Ibrahim

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERIKATAN Nasional (PN) mengharapkan pengundi di Selangor untuk keluar menunaikan tanggungjawab mereka dan memberi undi kepada parti itu pada pilihan raya negeri (PRN) pada Ogos nanti.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan sokongan terhadap PN di Selangor penting, untuk memberi isyarat jelas bahawa rakyat menolak kerajaan dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Pilihan raya negeri ini penting sama ada pengundi menerima kepimpinan Pusat atau tidak walaupun mengundi di peringat negeri.

“Kalau kita buat keputusan dengan memberi pangkah kepada PN ia beri isyarat kepada Perdana Menteri di Sepang yang kita tidak mahu Anwar Ibrahim.

“Undi tersebut sebagai isyarat kuat kepada Anwar walaupun segala dasar, tindakan, kalau pun ada….. , perancangan kalau dah sediakan, kenyataan yang dibuat Anwar dan pemimpin kerajaan hari ini ditolak rakyat.

“Kalau kita terpilih juga kepada Pakatan Harapan, kita tidak tahu apa akan jadi. Saya boleh cerita panjang isu dan masalah yang boleh berlaku kepada negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ceramah Perdana Jelajah Selangor Baharu di pekarangan Markas Tarbiyah Al-Idrisiah, Labohan Dagang, Sepang malam tadi.

Advertisements

Hadir sama pada majlis itu, Pengerusi PN Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, Ketua Wanita PN, Datuk Seri Rina Harun dan Ahli Parlimen Jerantut, Khairil Nizam Khirudin.

Muhyiddin berkata, beliau turut mengharapkan kerjasama daripada semua pengundi termasuk anak muda dan menunjukkan rekod 100 peratus peratusan mengundi khasnya orang Melayu yang keluar untuk mengundi.

“Pada Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15) lalu, ramai yang keluar mengundi dan kami dalam PN berasa bangga kerana dalam pecahan latar belakang pengundi, Melayu, Cina dan India, pengundi daripada Melayu telah memberikan 80 peratus rekod peratusan mengundi kepada PN,”katanya.

Beliau berkata, sudah lapan bulan Anwar memimpin negara, tidak ada dasar dan perancangan yang jelas untuk memandu negara keluar dari kemelut ekonomi yang antara lain disebabkan beban dan kesan COVID-19 pada satu ketika dulu.

Katanya, lebih terbeban hari ini apabila ringgit pula jatuh ketika negara perlu mengimport dari luar negara hampir RM80 bilion makanan dan sebagainya.

“Harga barang juga naik dan berlaku di mana-mana. Saya tak kata ia mudah (untuk diselesaikan).

“Tapi yang rakyat harapkan apabila sudah terbentuk kerajaan yang dipimpin Anwar, apa langkah yang wajar dan segera diambil sekarang untuk meringankan bebanan rakyat. Sedikit sebanyak mesti dibuat,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan