32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Memang bacul kalau PN tak saman – Puad

Mesti Baca

PERIKATAN Nasional (PN) dianggap sebagai parti yang bacul sekiranya mereka tidak berani mengambil tindakan undang-undang terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa parti itu mendapat pembiayaan daripada syarikat perjudian.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, dakwaan yang Pengerusi Pakatan Harapan (PH) semasa perhimpunan Jelajah Madani di Kedah malam tadi amat berat terutama bagi Pas selaku parti yang mengguna nama Islam.

“Memang bacul kalau PN tidak saman. Ini soal duit judi. Bersatu mungkin tidak kisah. Rasanya Pas tidak berani saman. Tanya Bersatu dari mana sumber duit pun Pas tidak berani.

“Patutlah Pas banyak duit masa PRU15. Pas tumpang semangkuk. Pada Pas semuanya halal kalau untung,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Dalam program Jelajah Madani itu yang turut disertai Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Anwar dengan lantang mencabar agar PN menyaman beliau kerana membuat tuduhan tersebut.

“Duit judi yang bantu mereka (PN) banyak. Nak cabar, cabar. Nak saman, sila saman saya kalau berani,” kata Anwar dalam ceramah di depan ribuan penyokong PH dan BN sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah bulan depan.

Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Sementara itu, Puad yang juga ADUN Rengit berkata, beliau yakin Perdana Menteri tidak akan bercakap sesuka hati jika tidak mempunyai bukti lengkap.

“Sudah tentu PMX (Anwar) tidak bercakap sesuka hati di perhimpunan Jelajah Madani Kedah. Dia mesti ada bukti lengkap bila kaitkan PN dengan duit judi,” katanya.

Isu dana politik PN yang dikaitkan syarikat perjudian bukan baharu, sebaliknya pernah dilemparkan oleh Anwar selepas PRU-15 pada akhir tahun lalu.

Advertisements

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu sidang media pada Disember lalu menganggap tuduhan oleh Perdana Menteri itu sebagai suatu yang amat serius.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, tuduhan dibuat Anwar itu (ketika itu) tidak disokong bukti kukuh, selain sekadar andaian yang dibuat berdasarkan kempen meluas PN ketika PRU15.

“Ya, itu fitnah, mana buktinya? Mudah sangat nak lempar tuduhan sebegitu. Kita (PN) ada prinsip, kalau nak terima sokongan pun kita tak terima dari sumber yang haram.

“Jadi, saya tidak tahu bagaimana Perdana Menteri membuat dakwaan begitu serius hanya kerana kita menang (banyak kerusi) dan hanya kerana kita mempunyai banyak bendera atau kita telah menggerakkan jentera kita dengan berkesan dan menewaskannya sehingga UMNO mengalami kekalahan besar di lapan negeri,” katanya seperti dilapor media.

Pada Mei lalu, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berkata, beliau akan berbincang dengan peguam mengenai kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap Anwar.

Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, dakwaan bahawa pembangkang menerima dana politik daripada syarikat judi adalah tidak benar, fitnah dan pembohongan.

“Kita akan bincang dengan peguam apa langkah seterusnya yang kita akan ambil terhadap kenyataan yang dibuat perdana menteri,” katanya seperti dilapor media ini.

Bagaimanapun difahamkan sehingga kini tiada laporan yang menyatakan parti itu mengemukan tindakan undang-undang terhadap Anwar berhubung tuduhan tersebut. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

CTOS sumbang RM30,000 biayai pelajar kurang bernasib baik

CTOS Digital Berhad telah menyumbang sebanyak RM30,000 untuk dana biasiswa bagi pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Tasek Permai, Ampang, Selangor...

Lagi Artikel Berkaitan