25.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 14, 2024

Johor sasar bina 30,000 rumah mampu milik – Onn Hafiz

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN Negeri Johor mensasarkan pembinaan 30,000 buah Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) dalam tempoh lima tahun berbanding 21,702 buah sebelum ini.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, sasaran tersebut dibuat atas permintaan tinggi yang diterima.

Beliau berkata, menjadi sebuah negeri maju menjelang tahun 2030 tidak hanya terletak pada kemajuan ekonomi, tetapi juga penyediaan keperluan asas kepada rakyat seperti pemilikan perumahan.

“Justeru, hari ini saya hadir ke Majlis Penyerahan Kunci Rumah Mampu Milik (Jenis C), Tanjung Senibong, Pangsapuri Senibong Indah.

“Sebanyak 222 unit telah siap dibina dengan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC), dan seramai 195 pembeli hari ini menerima kunci kediaman mereka.

“Selain itu, sebanyak 3,086 unit Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) telah berjaya disiapkan bagi tahun 2022.

Advertisements

“Atas permintaan yang tinggi, kerajaan negeri turut meningkatkan sasaran daripada 21,702 unit kepada 30,000 unit pembinaan RMMJ dalam tempoh lima tahun akan datang,”katanya selepas Majlis Penyerahan Kunci RMMJ di Pangsapuri Senibong Indah, Johor Bahru hari ini.

Menurutnya, beliau turut dimaklumkan sebanyak 879 unit telah ditawarkan kepada Bangsa Johor sehingga Mei tahun ini, selain 2,574 unit rumah bakal siap menjelang akhir tahun ini.

Katanya, semua ini menunjukkan keseriusan kerajaan negeri dalam memastikan isu perumahan rakyat terus terbela, dengan kerjasama erat daripada PKPJ, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), pihak pemaju, serta semua agensi berkaitan.

“Semoga segala inisiatif yang dirangka mampu dicapai, dan saya menyeru agar seluruh warga Pangsapuri Senibong Indah untuk sama-sama kita jaga kebersihan. Insya-Allah.

Turut hadir pada majlis tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor; Pegawai Daerah Johor Bahru, Muzaldin Mohamed dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Datuk Mohd. Noorazam Osman. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akta Antilompat Parti wajar dikaji semula – Mohamad Hasan

AKTA Antilompat Parti wajar dikaji semula bagi mengatasi kelompongan sedia ada sekali gus menghalang Ahli Parlimen atau Ahli Dewan...

Lagi Artikel Berkaitan