27.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Pahang Rangers catat kejuaraan berganda

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PAHANG Rangers mencipta kejuaraan berganda musim ini selepas menundukkan Johor Darul Ta’zim (JDT) 3-1 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 4-4 dalam aksi final Piala Futsal Malaysia (MFC) di Stadium Malawati, Shah Alam, malam tadi.

Ini merupakan trofi kedua skuad bimbingan Gerard Casas itu selepas menjuarai Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) bulan lalu.

Dalam aksi di Shah Alam malam tadi, JDT mendahului seawal minit kedua menerusi jaringan Ekmal Shahrin sebelum disamakan oleh Ridzwan Bakri pada minit ke-17.

JDT terus berkeyakinan selepas itu apabila menambah dua lagi gol menerusi penyudah Ekmal pada minit ke-23 dan Azwann Ismail (36′).

Pahang Rangers enggan mudah menyerah apabila bangkit menyamakan kedudukan menerusi jaringan sendiri Saad Sani pada minit ke-36 dan Ridzwan (39′).

Advertisements

Pemain import dari Brazil, Sergio Jamur meletakkan Pahang Rangers di depan pada minit ke-42 pada masa tambahan namun selang seminit kemudian giliran JDT menyamakan kedudukan menerusi sentuhan penyudah Awalluddin Mat Nawi.

Dalam penentuan sepakan penalti, penjaga gol, Zainulzahin Sinuan muncul wira Pahang Rangers apabila menyelamatkan dua sepakan JDT oleh Mohd. Firdaus Ambiah dan Mohd. Azwann Ismail.

Hanya pemain import dari Thailand, Tanatul Thadavirot menjadi pemain tunggal menyempurnakan sepakan penalti buat JDT.

Sementara itu, Jamur, Akmarulnizam Mohd. Idris dan Ahmad Harith Na’im Mohd. Nasir masing-masing meledak jaringan bagi memastikan kejuaraan MPC milik Pahang Rangers. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kumpulan Richiamo umum penstukturan jawatan baharu

KUMPULAN Richiamo Sdn Bhd mengumumkan penstrukturan syarikat dengan melibatkan pertukaran dan pelantikan baru bagi mengetuai anak-anak syarikat yang ditubuhkan...

Lagi Artikel Berkaitan