32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, June 2, 2023

Permaisuri Agong sempurnakan penamaan semula masjid

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

RAJA Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menyempurnakan majlis perasmian dan penamaan semula Masjid Kampung Baru Bentong sebagai Masjid Tunku Azizah Iskandar di Bentong, Pahang, semalam.

Istana Negara dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan turut berkenan berangkat Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

“Seri Paduka Baginda dalam Titah Diraja menzahirkan penghargaan kepada kerajaan negeri kerana diberi penghormatan merasmikan dan menamakan masjid tersebut yang telah mula digunakan pada 2020.

“Seri Paduka Baginda turut berkenan meluangkan masa menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada penduduk setempat dan menunaikan solat Maghrib, Isyak serta tarawih berjemaah di masjid tersebut.

“Berkeluasan kira-kira 0.60 hektar, Masjid Tunku Azizah Iskandar boleh memuatkan lebih 1,000 jemaah itu,” katanya hari ini.

Majlis tersebut turut dihadiri Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan barisan kepimpinan tertinggi kerajaan negeri serta ketua-ketua jabatan.

Terdahulu dalam majlis berkenaan, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Datuk Seri Johari Harun dalam ucapannya berkata, sebanyak 15 masjid dibina di Pahang sejak lima tahun lalu membabitkan peruntukan RM58.4 juta.

Baca juga:   Guan Eng saman Muhyiddin isu cukai Yayasan Albukhary

“Selain itu, sebanyak 16 lagi masjid dalam proses pembinaan dengan peruntukan RM47.1 juta dan 17 lagi akan dibina dengan peruntukan RM80 juta,” katanya. 

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Tasik Kenyir diiktiraf Geopark Kebangsaan

TASIK Kenyir atau Kenyir Geopark diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan yang kesembilan di bawah Program Pembangunan Geopark oleh Kerajaan Persekutuan Kementerian...

Lagi Artikel Berkaitan