26.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 10, 2023

Farid Kamil luah rindu di Instagram, mohon bantuan Allah

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMELUT rumah tangga antara pelakon popular, Farid Kamil dan isterinya, Diana Danielle sedikitpun tidak memadamkan rasa rindu Farid terhadap keluarganya.

Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari, 42, meluahkan kerinduan terhadap dua anaknya, Muhammad, 10, dan Nur Aurora kini berusia lapan tahun.

Luahan kerinduan itu turut disertakan dengan beberapa foto bahagia mereka ketika sama-sama menunaikan ibadah umrah pada akhir bulan lalu yang turut disertai isterinya.

“Rindunya pada mereka Ya Allah SWT. Sampaikan pada mereka Ya Allah kerana aku tidak mampu,” katanya ringkas dalam satu hantaran Instagram, hari ini.

Farid turut ‘tag’ dua akaun Instagram miliknya Muhammad dan Aurora pada hantaran tersebut selain menyertakan bacaan talbiah.

Farid sekali lagi memuat naik sebuah hantaran dengan menitipkan doa agar urusan hidup yang telah ditentukan Tuhan akan berlangsung sebaik-baiknya.

“Alhamdulillah, semuanya akan baik-baik sahaja. Insya-Allah, ingatlah!

Bulan lalu, Farid dilaporkan berkongsikan perasaan syukur hasrat mengerjakan umran bersama isteri dan dua anak menjadi nyata.

Berkongsi detik dilaluinya sepanjang berada di Tanah Suci, Farid berkata, paling membekas dalam ingatan adalah apabila melihat kesungguhan dan keseronokan keluarganya menunaikan ibadat itu.

Baca juga:   Dadah: Farid Kamil terlepas hukuman penjara

Bagaimanapun, pada 20 March lalu, Diana Danielle dikhabarkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Farid Kamil pada awal bulan ini.

Permohonan cerai itu atas alasan tiada persefahaman dan telah berlaku shiqaq iaitu perbalahan berpanjangan.

Baca juga:   Farid Kamil tawar perdamaian RM300,000 pujuk Diana

Permohonan cerai tersebut telah disebut di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari.

Farid enggan melafazkan cerai tersebut.

Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan pasangan itu untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Permohonan itu akan ditetapkan semula untuk sebutan pada 28 Mac ini (esok).

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Pindaan perlembagaan mudahkan daftar ahli baharu lulus

PERHIMPUNAN Agung Khas UMNO hari ini meluluskan pindaan perlembagaan parti itu berhubung hal-hal keahlian dan prosedurnya bagi memudahkan lagi...

Lagi Artikel Berkaitan