26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Diana Danielle dapat hak penjagaan anak-anak

Mesti Baca

PELAKON Diana Danielle mendapat hak penjagaan penuh terhadap dua anaknya apabila Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini, mengeluarkan perintah hak penjagaan itu kepadanya.

Keputusan itu diumumkan pada prosiding tuntutan hadanah yang dibuat Diana, 32, di hadapan Hakim syarie, Zulfikri Yasoa.

Peguam syarie mewakili Diana, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, perkara itu mendapat persetujuan bersama pihak defendan iaitu Farid Kamil.

“Segalanya diselesaikan secara baik hari ini. Semua perjanjian antara pihak plaintif dan defendan dijadikan terma mahkamah.

“Prosiding hari ini adalah untuk hak jagaan anak-anak. Hak jagaan anak dan lawatan semua diselesaikan secara baik dan atas persetujuan bersama.

“Ini termasuk kes cerai pada 10 Ogos lalu. Selepas ini, tiada apa-apa lagi isu berbangkit dan semuanya sudah selesai.

Advertisements

Kami tidak dapat mendedahkan butiran terma perjanjian kerana sulit,” katanya kepada media selepas prosiding tuntutan hadanah di sini, hari ini.

Terdahulu, Diana sebelum ini memperoleh hadanah interim (hak penjagaan sementara) dua anaknya oleh Mahkamah Tinggi sama pada 24 Mac lalu.

Mengikut perjanjian, Farid, 42, perlu menghantar surat lima hari lebih awal kepada peguam bekas isterinya, jika mahu bertemu anak-anak.

Pasangan itu sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 10 Ogos lalu.

Lafaz cerai dilakukan Farid menerusi aplikasi Google Meet di hadapan Hakim Syarie, Shukran Yusof selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkan Diana mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 8. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan