31.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Dituduh ubah wajah, Diana Danielle tak melatah

Mesti Baca

PELAKON Diana Danielle tidak melatah apabila ramai yang menegur bentuk hidungnya kelihatan lain daripada biasa.

Kehadirannya ke mahkamah baru-baru ini, menarik perhatian ramai warga net apabila ramai yang menegur hidung Diana kelihatan semakin mancung.

Diana, 32, berkata, dia memilih untuk tidak memberi sebarang kenyataan berhubung dakwaan yang dilemparkan segelintir pihak itu.

Namun begitu, dia mengakui mempunyai masalah tidak yakin pada bahagian tubuh badannya.

“Saya akui seorang yang tidak ada rasa keyakinan terhadap diri dan badan sendiri dan rasanya perkara itu normal untuk semua orang.

Advertisements

“Saya punya cara sendiri untuk mengatasinya dan tidak perlu untuk saya jelaskan dan beritahu kepada semua orang secara terperinci,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran single dan video muzik terbaharunya, Bersama Dengan Rindu di sebuah pusat beli belah di ibu kota, baru-baru ini.

Mengulas mengenai lagu Bersama Dengan Rindu, Diana berkata, ini adalah single solonya dalam bahasa Melayu selepas lapan tahun.

Lagu itu hasil ciptaan sepenuhnya oleh Ezra Kong  di bawah terbitan syarikat rakaman, Universal Music Malaysia.

“Saya sukakan melodi dan lirik lagu ini. Lagu ini mengisahkan cinta yang semakin jauh dan ia menggambarkan perasaan perit apabila kehilangan orang yang dicintai.

“Walaupun ditinggalkan dia masih berharap. Tetapi lagu ini tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang  hidup atau yang sudah tiada,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan