26.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 18, 2024

Pegawai maritim diseru tingkat komitmen

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PEGAWAI Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) diseru meningkatkan komitmen dalam melangkah kehadapan sekali gus mencapai lebih banyak kejayaan di masa hadapan.

Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata, melalui komitmen yang diberikan, Maritim Malaysia telah mendapat pelbagai pengiktirafan daripada pelbagai pihak.

Terbaharu katanya, Maritim Malaysia melalui Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (Star Team) menerima penghargaan daripada Badan Keamanan Laut Republik Indonesia (Bakamla).

“Itu di atas kerjasama dalam operasi penahanan kapal tangki berbendera Iran, MT Arman 114 yang telah disyaki terbabit dalam aktiviti pemindahan haram minyak mentah di Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Indonesia.

Antara peserta Mesyuarat Operasi Agensi (MOA) Ke 39 Bilangan 2/2023 Maritim Malaysia yang diadakan bermula 23 hingga 25 Ogos di Cameron Highland, semalam. – Edisi9/Maritim Malaysia

“Selain itu, Maritim Malaysia turut menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) pada Ogos lalu dalam menjaga keselamatan maritim dan aset-aset strategik negara dibawah kendalian syarikat petroleum berkenaan yang berada di kawasan perairan negara,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian ketika perasmian penutup Mesyuarat Operasi Agensi (MOA) Ke 39 Bilangan 2/2023 Maritim Malaysia yang diadakan bermula 23 hingga 25 Ogos di Cameron Highland, semalam.

Antara peserta Mesyuarat Operasi Agensi (MOA) Ke 39 Bilangan 2/2023 Maritim Malaysia yang diadakan bermula 23 hingga 25 Ogos di Cameron Highland, semalam. – Edisi9/Maritim Malaysia

Dalam pada itu, beliau turut menasihati para pegawai khususnya Pengarah Maritim Negeri dan Zon Maritim untuk sentiasa memantau pegawai bawahan masing-masing dalam menjalankan tugas.

“Ini agar mereka tidak terlibat dalam salah laku atau isu integriti yang boleh mencemarkan nama baik agensi.

“Semua pegawai perlu terus meningkatkan semangat keberhasilan dan ketelusan dalam menjalankan tugas untuk memastikan maritim negara terus terjaga dan aman,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Lakukan ‘total cleansing’ kumpulan ajaran sesat, ekstrem agama

PIHAK berkuasa termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) digesa melakukan total cleansing (sapu bersih) terhadap kumpulan ajaran sesat dan...

Lagi Artikel Berkaitan