33.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 21, 2024

Saingan tiga penjuru di PRK Pulai, Simpang Jeram

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru selepas tempoh penamaan calon ditutup pada pukul 10 pagi tadi.

Pengumuman tersebut dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Pulai, Miswan Yunus pada kira-kira pukul 10.20 pagi tadi.

Katanya, bagi pilihan raya pada 9 September ini akan menemukan saingan antara calon Pakatan Harapan (PH), Suhaizan Kaiat, Zulkifli Jaafar dari Perikatan Nasional (PN) dan calon bebas, Samsudin Mohamad Fauzi.

Menurut Miswan, Samsudin bakal menggunakan simbol kunci untuk PRK Pulai sementara tiada kertas penamaan yang ditolak.

“Terdahulu, “Suhaizanmenyerahkan borang pencalonan pada pukul 9.02 pagi, diikuti Zulkifli, pukul 9.04 pagi manakala Samsudin pada pukul 9.08 pagi,” katanya di pekarangan Pusat Penamaan Calon PRK Parlimen Pulai di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Johor Bahru, hari ini.

Advertisements
PRK DUN Simpang Jeram akan melibatkan saingan tiga penjuru antara calon PH, PN dan bebas. – Edisi9/SPR

Sementara itu, bagi saingan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pula turut memperlihatkan saingan tiga penjuru.

Selepas tempoh penamaan calon ditutup, tiga calon yang diumumkan layak bertanding ialah Timbalan Ketua Amanah Kawasan Bakri, Nazri Abdul Rahman yang mewakili PH; Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr. Mohd. Mazri Yahya (PN) dan calon bebas yang merupakan ahli perniagaan, S.Jeganathan.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi turut turun padang membantu calon PH, Nazri Abdul Rahman pada penamaan calon di Muar, hari ini. – Edisi9/SPR

Pengumuman tersebut dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya Simpang Jeram, Jamil Hasni Abdullah pada pukul 10.10 pagi di Pusat Penamaan Calon Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Muar hari ini.

“Borang pencalonan Dr. Mohd Mazri diterima pada pukul 9.04 pagi, diikuti daripada Nazri (9.08 pagi) dan Jeganathan (9.18 pagi).

“Jeganathan akan menggunakan simbol gajah pada PRK kali ini,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wajah Faisal di Stadium MBPJ kenang peristiwa hitam bola sepak

WAJAH pemain Selangor, Faisal Halim dijadikan hiasan mural pada Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya sebagai mengenang...

Lagi Artikel Berkaitan