30.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Hatrik Ronaldo bantu Al-Nassr raih kemenangan sulung SPL 

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

BINTANG sensasi Portugal, Cristiano Ronaldo mencipta hatrik bagi membantu Al-Nassr melakar kemenangan sulung dalam Liga Pro Saudi (SPL) selepas menewaskan Al-Fateh, 5-0, awal pagi tadi.

Turut mencuri tumpuan, bekas pemain sayap Liverpool dan Bayern Munich, Sadio Mane yang turut mencetak dua gol dalam aksi ketiga SPL musim ini.

Keputusan itu amat diperlukan Al-Nassr susulan dua kekalahan berturut-turut dalam aksi pembukaan liga selepas tewas 2-1 kepada Al-Ettifaq dan Al-Taawon, 2-0.

Gandingan Sadio Mane (kiri) dan Cristiano Ronaldo sukar digugat apabila meledak lima gol ketika menewaskan Al-Fateh, awal pagi tadi. – Edisi9/Al-Nassr

Al-Nassr membuka tirai jaringan pada minit ke-27, bermula daripada hantaran tumit belakang Ronaldo kepada Mane sebelum disudahkan bintang Senegal itu untuk menjadikan kedudukan 1-0.

Advertisements

Tidak lama selepas itu, pelawat menggandakan jaringan apabila Ronaldo menanduk masuk hantaran silang Sultan Al Ghannam yang merupakan gol pertamanya di saingan liga musim ini.

Aymeric Laporte membuat kemunculan sulung bersama Al-Nassr susulan perpindahannya dari Manchester City minggu ini. – Edisi9/Al-Nassr

Bintang Portugal itu meledak gol kedua peribadinya hanya 10 minit selepas rehat apabila menyudahkan hantaran Abdulrahman Ghareeb di dalam kawasan penalti melepasi kawalan penjaga gol, Jacob Rinne.

Mane menjadi kedudukan 4-0 buat Al-Nassr pada minit ke-81 sebelum Ronaldo melengkapkan hatrik pada minit keenam waktu cederaan untuk memastikan kemenangan besar Al-Nassr.

Ini merupakan hatrik pertama Ronaldo di SPL dan untuk rekod, bekas penyerang Real Madrid dan Manchester United itu mencipta dua kali hatrik musim lalu ketika menentang Al Wehda dan Damac. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kasino di Forest City: Chegu Bard ditahan reman dua hari

BADRUL Hisham Shaharin atau Chegu Bard direman susulan membuat hantaran yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan...

Lagi Artikel Berkaitan