26.2 C
Kuala Lumpur
Monday, December 4, 2023

Farid cerai Diana, ucap terima kasih pada yang mendoakan

Mesti Baca

PASANGAN pelakon, Farid Kamil dan Diana Danielle telah bercerai secara atas talian menerusi aplikasi Google Meet yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, hari ini.

Namun begitu, Farid tidak dapat hadir ke mahkamah hari ini kerana kurang sihat akibat pasca Covid-19.

Menerusi muat naik di Instagram miliknya, Farid mengucapkan terima kasih buat semua yang mendoakannya.

“Alhamdulillah. Terima kasih semua yang mendoakan. Saya pun doakan anda semua bahagia dunia akhirat. 

“Kita boleh rancang, kita boleh usaha, ketetapan pada yang punya Kuasa,” tulisnya ringkas beserta video dia sedang menyertai kumpulan tabligh.

Terdahulu, pada 10 Mac lalu, Diana Danielle memfailkan permohonan cerai terhadap Farid yang juga seorang penerbit.

Diana membuat permohonan cerai di atas talian dengan alasan tiada lagi persefahaman, berlakunya shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.

Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai berkenaan biarpun mereka tidak lagi tinggal sebumbung.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10 dan Nur Aurora yang kini berusia 8 tahun. – Edisi 9

Terkini

Lantik Raja Affandi sebagai Ahli Dewan Negara – Shabery

KERAJAAN diminta mempertimbangkan cadangan melantik calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, Jeneral (B) Tan Sri...

Lagi Artikel Berkaitan