31.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

ND lala ceraikan isteri

Mesti Baca

SELEPAS 34 tahun hidup bersama, ibu kepada penyanyi Shila Amzah, Datin Fauziah Sarman membuat pengakuan dirinya sudah bercerai dengan suami, Datuk ND Lala.

Fauziah berkongsi mengenai perkara itu di akaun Instagram miliknya hari ini.

Fauziah berkata, kali pertama ND Lala melafazkan cerai ialah pada 2 Ogos lalu, sementara lafaz kedua dibuat semalam, 8 Ogos (Rabu).

“Assalamualaikum semua. Alhamdulillah dengan izinNya dan kekuatan kasih sayang Allah, saya ingin memaklumkan kepada semua yang saya telah menerima lafaz cerai melalui aplikasi WhatsApp yang dikirimkan pada pagi 8 Ogos 2023.

“Untuk perkahwinan yang terbina selama 34 tahun, lafaz cerai ini dibuat oleh bekas suami saya pada tarikh 2 Ogos lalu di Masjid Ar Rahman, Bangsar dan saya dimaklumkan semalam (8 Ogos 2023) melalui WhatssApp.

“Alhamdullilah, Allah telah memberikan saya kekuatan yang sangat luar biasa untuk menerima ketentuan ini.

“Saya menerima segala ini dengan berlapang dada kerana saya yakin doa saya, doa insan-insan yang sentiasa ada di belakang saya selama bertahun-tahun ini adalah asbab untuk saya mendapat kehidupan yang lebih baik, tenang dan sempurna, insya-Allah,” tulis Fauziah.

Ibu kepada empat cahaya mata itu berkata, tujuannya menjelaskan status rumah tangganya kerana tidak mahu menimbulkan sebarang fitnah.

“Saya menulis ini untuk menjelaskan status saya agar tidak timbul sebarang fitnah dan cuba mendidik jiwa saya untuk tidak menafikan kenyataan yang telah tertulis dalam perkahwinan kami selama 34 tahun ini,” tulisnya.

Advertisements

Fauziah turut mengharapkan masyarakat khususnya netizen sentiasa menitipkan doa yang baik-baik buatnya.

“Doakan untuk saya terus kuat sebagaimana kuatnya saya selama bertahun-tahun hidup dalam penipuan.

“Apa yang telah menjadi sejarah akan saya titipkan sebagai nadi kekuatan dalam membina hidup yang lebih diredai Allah tanpa menyakiti jiwa sesiapa kerana saya sangat sedar, dosa sesama manusia ini sangatlah berat.

“Terima kasih untuk doa semua dan buat mereka yang ada dalam kisah saya yang sangat panjang dan payah untuk diungkapkan dalam baris kata.

“Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas budi baik dan kasih sayang kalian semua,” tulisnya lagi.

Hasil perkahwinan pada tahun 1989 itu, ND Lala dan Fauziah dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nurshahila atau Shila, 33, Amir Syafiq, 30, Amir Syahir, 28, dan Nur Syuhada, 25.

Terdahulu, beberapa bulan kebelakangan ini timbul desas desus mengenai rumah tangga pasangan itu yang berantakan.

ND Lala didakwa sudah bernikah dengan seorang wanita muda, namun sehingga kini, beliau masih berdiam diri dan enggan memberi sebarang kenyataan kepada media. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zii Jia tamatkan kemarau gelaran, juarai Terbuka Thailand

PEMAIN perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia menamatkann kemarau gelaran selama tujuh bulan apabila menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka...

Lagi Artikel Berkaitan