26.1 C
Kuala Lumpur
Monday, May 13, 2024

Foodpanda lancar pandago di Malaysia untuk pengguna

Mesti Baca

PLATFORM penghantaran makanan terkemuka di Malaysia, foodpanda meluaskan lagi penawarannya kepada pelanggan dengan menawarkan perkhidmatan penghantaran bungkusan atas permintaan 24/7 ke seluruh negara pada harga berpatutan.

Menerusi pandago, pengguna dengan mudah boleh meminta penunggang foodpanda menghantar barangan mereka dengan mengemaskini aplikasi foodpanda mereka kepada versi yang terkini dan klik pada butang ‘pandago’.

Perkhidmatan penghantaran atas permintaan ini menawarkan penyelesaian mudah untuk penghantaran segera, memenuhi penghantaran pengguna dalam tempoh kurang 60 minit.

Ketua Pegawai Eksekutif foodpanda Malaysia, Sayantan Das berkata, penghantaran ini adalah sebahagian penting daripada kehidupan kita hari ini.

 “Pastinya bukan mudah untuk menghantar barangan seperti ubat-ubatan, kunci, dokumen atau barangan yang anda tertinggal di tempat lain.

“Dengan pandago, pelanggan boleh menghantar apa-apa barangan kecil dengan mudah pada bila-bila masa tanpa perlu membayar lebih,” katanya.

Advertisements

Perkhidmatan pandago ini boleh didapati sepanjang hari dan menjadikan ia perkhidmatan yang berguna untuk menghantar hadiah secara mengejut pada bila-bila masa, walaupun pada tengah malam.

Pelanggan juga boleh menjejaki penghantaran mereka dengan mudah menggunakan fungsi penjejakan masa nyata yang menyediakan maklumat terkini mengenai status penghantaran.

Mereka juga dapat berbual dengan rakan penghantaran yang ditugaskan untuk mengemaskini butiran penghantaran mereka atau sekadar untuk menyatakan ucapan penghargaan atas perkhidmatan yang telah disempurnakan.  

Sejak 2021, perkhidmatan Pandago telah beroperasi di Malaysia sebagai penyelesaian logistik dalam bentuk Perkhidmatan Penghantaran Atas Permintaan (LaaS) bagi perniagaan yang memerlukan flit penghantaran yang boleh dipercayai untuk menghantar pesanan kepada pelanggan.

Pandago tidak mengenakan yuran penyertaan atau komisen, membolehkan perniagaan menguruskan kos operasi mereka dengan hanya membayar untuk penghantaran yang diperlukan sahaja.

Sempena sambutan pelancaran C2C pandago ini, pengguna pandago yang baharu boleh menikmati potongan sebanyak 20 peratus untuk penghantaran pertama mereka dengan menggunakan baucar PANDAGO. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

SU Politik PM kecewa Malindo Air tutup pintu lebih awal

SETIAUSAHA Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin kecewa apabila pesawat Malindo Air yang mahu...

Lagi Artikel Berkaitan