25.9 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Selangor diumum ‘Malaysia’s Features Destination’

Mesti Baca

MENERIMA kunjungan lebih 22 juta pelawat pada tahun 2022, Selangor diumum sebagai ‘Malaysia’s Features Destination’ untuk MATTA Fair 2023.

Malah negeri yang diumumkan sebagai negeri paling ramai dikunjungi tahun lalu itu, terus meningkatkan aliran kemasukan pelancong melalui agensi promosi pelancongan rasminya, Tourism Selangor.

Tourism Selangor dalam satu kenyataan berkata, mereka akan menyertai Pameran MATTA 2023 di Pusat Pameran & Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) dari 1 hingga 3 September depan.

“Pameran MATTA tahun ini akan mengetengahkan Negeri Selangor sebagai Destinasi Pilihan Malaysia, dengan tiga pavilion diperuntukkan bagi mempromosikan produk  pelancongan di Negeri Selangor dan semestinya kempen Promosi Pelancongan domestic, ‘Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu!’.

“Sebagai destinasi pilihan MATTA untuk edisi yang akan datang ini, Tourism Selangor akan membawa kepelbagaian segmentasi pelancongan Negeri Selangor seperti hotel, taman tema, pelancongan pengembaraan, agro-pelancongan, gastronomi, kebudayaan, kesenian, eko-pelancongan dan banyak lagi,” katanya.

Tourism berkata, dijangka 70,000 orang pengunjung akan mengunjungi Pavilion Selangor pada tahun ini berbanding 30,000 pengunjung pada Mac yang lalu.

“Tourism Selangor akan bekerjasama dengan GL Play oleh Gamuda Land sebagai rakan strategik bagi membawa beberapa tarikan dan aktiviti ke Edisi Kedua MATTA Fair 2023 pada September ini.

Advertisements

“Ini termasuklah Trak Safari dan replika struktur kapal Amazonia SplashMania, tumbuhan hidroponik, demonstrasi coklat, trampolin, rawatan spa, demonstrasi pembuatan sushi dan dim sum, sesi perkongsian pemprosesan susu lembu, pelancaran Bas Hop On Hop Off Selangor dan banyak lagi,” katanya.

Pavilion Selangor telah berjaya memperoleh nilai jualan pakej pelancongan bernilai RM 150,000 semasa Pameran MATTA Edisi Pertama pada bulan Mac dan menjangkakan peningkatan jualan sebanyak 10 peratus berbanding edisi sebelumnya.

Pada edisi yang akan datang, Tourism Selangor menampilkan lebih ramai pengusaha produk pelancongan menyertai acara terbabit antaranya seperti; taman tema GL Play (Taman Tema Air SplashMania, Paya Indah Discovery Wetlands, Discovery Park and Goosebumps Rope Course), pusat pemborong nombor satu di Malaysia GM Klang, Jumpstreet Asia, Muzium Coklat Kota Damansara, Selangor Fruit Valley, Rumah Hutan Terapi Alam, Hotel Eastin, Farm Fresh UPM, Sky Mirror, Hop On Hop Off Selangor dan banyak lagi.

“Istimewanya pada kali ini, Tourism Selangor akan membawakan pengalaman pelancongan maya dengan menggunakan teknologi VR 360.

“Pengunjung berpeluang untuk melancong ke Negeri Selangor bagi merasai sendiri pengalaman mengunjungi taman-taman tema serta keindahan pelancongan eko di Selangor secara maya dan merasai seperti berada di kawasan Pelancongan berkenaan.

“Selain itu, Pengunjung juga berpeluang memenangi hadiah lumayan dan istimewa bernilai sehingga RM2,000 semasa acara berlangsung dengan menyertai pertandingan TikTok challenge Tourism Selangor,” kata kenyataan itu lagi.

Pavilion Tourism Selangor dan produk Pelancongan di bawahnya akan menawarkan sehingga 50 peratus diskaun kepada pengunjung yang hadir ketiga-tiga hari acara berlangsung. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan