25.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 25, 2022

Maraton maya MWM sempena Hari Wanita Sedunia

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – MCIS LIFE Malaysia Women Marathon (MWM) meneruskan penganjuran acara tahunannya dengan pendekatan yang sedikit berbeza di mana acara ini dilaksanakan secara maya tahun ini.

Tourism Selangor meneruskan sokongan penuh terhadap acara MWM seperti tahun-tahun sebelumnya kerana potensi yang terdapat pada acara maraton tahunan ini untuk menarik pelancong ke Selangor walaupun dijalankan secara maya.

Masih menitikberatkan penjarakan sosial dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam menangani wabak COVID-19, acara ini dijangka menarik minat lebih 2,000 pelari, ahli sukan berbasikal dan orang awam yang akan berentap menggunakan teknologi mudah alih untuk merekodkan jarak dan masa yang diambil oleh setiap peserta.

Justeru, para peserta boleh berlari di dalam atau luar rumah mereka serta berbasikal dengan mengekalkan penjarakan fizikal dan hanya perlu menghantar rekod masa mereka kepada pihak penganjur dalam tempoh acara tersebut berlangsung.

Acara MWM yang sudah masuk tahun kesembilan penganjuran ini dirasmikan melalu landasan media sosial Facebook dan YouTube sambil mengetengahkan tokoh wanita dari pelbagai industri tempatan seperti penyanyi balada tersohor, Elvira Arul dan selebriti dan pelakon popular Malaysia, Vanidah Imran.

Pengasas MWM, Karen Loh berkata, acara tersebut mempunyai sejarah dalam usaha meningkatkan kesedaran tentang pembangunan wanita dan isu-isu semasa yang berkait dengan kaum hawa.

Baca juga:   Kerjasama dengan kelab Sepanyol: Kerteh FC hampir setanding JDT?

“Kami tidak mahu melepaskan peluang untuk menyambut Hari Wanita Sedunia tahun ini yang membawa tema #ChooseToChallenge secara positif.

“Sebagai satu-satunya acara maraton wanita di Asia Tenggara, tahun ini merupakan tahun pertama kami membuat larian dan berbasikal secara maya.

Baca juga:   Pendekatan holistik, inklusif tangani isu stereotaip gender
MWM

“Dengan ini, saya mengajak semua orang sama ada wanita, lelaki atau remaja di atas umur 15 tahun untuk mengikuti kami dalam acara yang akan dijalankan selama sebulan untuk kekal sihat dan aktif sambil mengambil berat tentang SOP,” katanya.

Tahun ini menyaksikan pilihan jarak larian MCIS Life MWM yang lebih pelbagai seperti berikut:

• Masa untuk menghabiskan larian adalah sebulan: 8 Mac – 8 April 2021
• Empat pilihan jarak untuk pelari: 50km, 100km, 150 km or 250km yang boleh dihabiskan secara berperingkat selama sebulan
• Penyerta berbasikal perlu berbasikal sejauh 400km
• Kategori elit ada disediakan untuk pelari yang ingin mencuba larian separa maraton atau larian maraton penuh

Salah satu tradisi setiap tahun adalah MWM bukan sahaja sebuah acara larian, tetapi ianya juga telah menganjurkan pelbagai pertandingan, membuka peluang kepada para peserta untuk menderma terhadap kebajikan komuniti, serta turut menjalankan program sembang maya tentang isu semasa dalam laman Facebook rasmi MWM sebelum hari acara maraton berlangsung.

Pada tahun ini, penganjur akan menjayakan siri perbincangan dengan ahli panel yang terdiri dari pakar kesihatan yang akan ke udara di laman media sosial MWM dari masa ke masa untuk berkongsi tips nutrisi dan senaman sihat.

Baca juga:   Zii Jia berentap lawan Axelsen final Seluruh England

Pihak penganjur juga akan bekerjasama dengan Tourism Selangor selaku agensi promosi pelancongan rasmi negeri untuk mengetengahkan tempat-tempat menarik untuk dikunjungi sekitar Selangor sambil melakukan aktiviti larian atau berbasikal dengan tanda pagar #NakBerlariPusingSelangorDulu.

Inisiatif ini diambil bagi memperkasa Kempen Pelancongan Domestik Tourism Selangor iaitu ‘Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu’ yang dilancarkan Disember lalu.

Adalah menjadi harapan Tourism Selangor, walaupub para peserta menyertai acara larian tahun ini di lokasi masing-masing; mereka akan menjayakannya sambil mengambil inspirasi untuk melakukan aktiviti larian dan berbasikal di tempat-tempat riadah yang terdapat di sekitar negeri tersebut contohnya seperti di tarikan terbaharu, Elmina Central Park, Shah Alam atau di Taman Tasik Shah Alam, dengan mengikut SOP.

Baca juga:   Kerteh FC bukan sekadar menjual maruku

Untuk lebih terinspirasi, tonton video promosi pelancongan terbaharu Tourism Selangor dalam resolusi 4K yang menampilkan pengalaman menarik Duta Kempen Pusing Selangor Dulu, Che Puan Juliana Evans di pautan https://www.youtube.com/watch?v=CHzQdXhtBo0&t=6s , atau layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel untuk maklumat lanjut. – EDISI 9

Terkini

MBM sokong kenyataan PM gelar Israel sebuah negara Aparteid

MAJLIS Belia Malaysia (MBM) menyokong sepenuhnya kenyataan yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA)...

Lagi Artikel Berkaitan