32.7 C
Kuala Lumpur
Monday, May 13, 2024

‘Gimme That Crown’ taruhan pertama  COËX

Mesti Baca

NASIB mungkin tidak menyebelahi mereka ketika berlangsungnya program realiti Big Stage 2023 baru-baru ini.

Namun ia sedikit pun tidak mematahkan semangat lima anak gadis cantik lagi berbakat yang juga kumpulan M-Pop terbaharu industri muzik tanah air, COËX.

Dianggotai oleh Mikaela Qistina, Amy Loh, Elysha Khan, Dalini dan Eyqa Shahidan dengan terlahirnya single pertama mereka berjudul ‘Gimme That Crown’ diharap melancarkan perjalanan seni anak-anak muda ini.

Lagu ciptaan barisan komposer berpengalaman, Chris M Yong, Melisa YC dan Karen Yee, manakala liriknya oleh Asyraf Nasir, Mel Ramlan bersama COËX sendiri, single ini diterbitkan oleh Armani Entertainment Group (AEG).

“Kami sangat teruja dengan peluang yang diberikan sewaktu menjadi peserta Big Stage 2023 kerana dapat menimba ilmu dan pengalaman yang sangat berharga.

“Terbaharu, kami juga bakal beraksi di KEPCI Music Fest pada 26 Ogos nanti di Stadium Malawati, Shah Alam dan ia satu penghormatan yang amat besar apabila kami dapat berdiri di pentas yang sama dengan nama-nama besar industri hiburan seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Amy Search, Ella, Misha Omar, Dolla dan ramai lagi.

“Bagi meneruskan perjuangan kami dalam bidang muzik yang baharu sahaja bermula, single pertama ini menjadi taruhan,” kata Mikaela.

Masing-masing seakan tidak percaya apabila tamatnya Big Stage 2023, fasa seterusnya bermula dan bakal menjadi penentu kepada ‘keberadaan’ mereka dalam industri muzik tanah air.

“Kami masih lagi dalam proses menyesuaikan diri pasca pertandingan dan inilah masanya untuk kami menyinar berbekalkan pengalaman yang ditimba.

“Namun begitu, kami sangat gembira dan juga dapat menarik nafas lega dengan kelahiran single pertama ini kerana ia memakan masa berbulan lamanya untuk dihasilkan, sebelum Big Stage lagi.

Advertisements

“Kami berharap penantian semua yang tidak sabar mendengarnya berbaloi,” kata Amy pula.

Idea di sebalik terciptanya single ini datang dari COËX sendiri bersama-sama barisan komposer dan penulis lirik yang mahu ciptakan kelaianan dalam berkarya.

Bercerita mengenai maksud di sebalik single ini, Elysha berkata, lagu ini sebenarnya adalah mesej yang ingin disampaikan kepada pendengar di luar sana yang bahawasanya mereka bukanlah hanya sekadar pendatang baharu yang ‘biasa-biasa’ dalam industri muzik.

“Kami juga ingin menyeru kaum wanita agar bangkit dan rasa ‘empowered’ dengan bait-bait liriknya yang bercerita tentang mencari keyakinan diri, biar apa pun yang diperkatakan oleh orang sekeliling.

“Single dalam nuansa pop ini mengetengahkonsep M-Pop (pop Malaysia) yang menggabungkan elemen K-Pop, muzik rancak ala dansa dan juga rap.

“Kami terpaksa ‘berkampung’ di studio rakaman demi menjalani proses rakaman yang memakan masa selama sehari suntuk untuk disiapkan bermula dari tengahari sehinggalah lewat malam, walaupun penat tetapi tidak mengapa.

“Setiap dari kami pelajari banyak perkara baharu, seperti teknik vokal yang betul dibawah bimbingan Gaston Pong, bekerja melalui ‘teamwork’ dan mencari kekuatan ‘suara’ masing-masing yang akan membezakan kami semua,” tambah Dalini.

Selain single, video muzik (MV) dengan konsep yang unik seperti 4 elemen utama dunia iaitu api, besi, tanah dan kayu diterapkan sebagai simbolik, ditambah pula dengan aksi lincah melalui gerak tari yang berani dan bakal hangat diperkatakan apabila dilancarkan nanti.

“Harapan kami adalah ingin memastikan bahawa lagu ini sampai kepada ramai pendengar dari dalam mahupun ke peringkat antarabangsa.

“Masih banyak lagi yang kami ingin tunjukkan dan buktikan pada semua, jadi teruslah menyokong perjalanan seni kami yang baharu sahaja bermula ini,” kata Eyqa. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Julina Johan wanita kedua dilantik Ketua Pengarah Penerangan

JULINA Johan mencatat nama sebagai wanita kedua yang dilantik sebagai Ketua Pengarah Penerangan Malaysia, Jabatan Penerangan (Japen) sejak penubuhan...

Lagi Artikel Berkaitan